CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tikam Isteri 17 Kali Sebab Nak Telefon Keluarga

15-6-2022 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1195| Komen: 2

LONDON – Seorang lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara 19 tahun kerana  menikam isterinya sebanyak 17 kali sebelum menipu mahkamah dengan menyatakan bahawa mangsa mencederakan diri sendiri, lapor portal berita MailOnline.


Zef Gjoni, 28, memberitahu polis bahawa mangsa, Denisa Maria Fuli, mencederakan diri sendiri kerana terlalu rindu kepada keluarganya yang berada di Romania ketika perintah berkurung Covid-19 dikuatkuasakan di Britain.

Dalam kejadian pada 1 April 2020, defendan membiarkan isterinya terbaring di atas lantai bilik mandi rumah mereka di selatan London dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada dada wanita itu. Dia juga cuba melemaskan mangsa dengan meletakkan selimut pada kepalanya sambil bertanya sekiranya mangsa telah mati.

Foto: SWNS


Gjoni kemudian menelefon talian kecemasan serta memberitahu operator bahawa dia dan isterinya bertengkar dan mendakwa wanita itu menikam dirinya sendiri pada bahagian jantung sebanyak dua hingga tiga kali.

Mangsa bagaimanapun sempat memberitahu polis dan anggota paramedik bahawa suaminya bertanggungjawab menikam dadanya.

Mahkamah Diraja Croydon menjatuhi hukuman penjara 19 tahun dengan lima tahun lanjutan kepada defendan selepas dia disabit bersalah dalam cubaan membunuh.

“Defendan memegang dua bilah pisau dapur sebelum menikam isterinya hanya kerana mangsa mahu bercakap dengan keluarganya.

“Mangsa bernasib baik kerana masih hidup dan dia telah meninggalkan negara ini,” kata peguam dari Perkhidmatan Pendakwaan Diraja, Thea Viney. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 15-6-2022 05:39 PM
Suami dari neraka begini lah.
Quote Artemesiaa 15-6-2022 05:58 PM
Muka pun nampak mental

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.102701 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top