CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Pekak Dan Bisu Jatuh Perigi, Empat Hari Terperangkap Bersama Ular Dan Kala Jengking

15-6-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 922| Komen: 0

NEW DELHI – Pasukan kecemasan India berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam sebuah perigi sempit selama lebih empat hari, kata kerajaan negeri.


Rahul Sahu, yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan diselamatkan lewat semalam.

Dia terjatuh ke dalam perigi sedalam 24 meter pada Jumaat petang lalu ketika bermain di belakang rumahnya di negeri Chhattisgarh.


Keadaan Rahul ketika berada di dalam perigi tersebut. Foto: OTV

Jentera penolak tanah dan kren digunakan untuk menggali satu terowong bersebelahan perigi tersebut, yang mempunyai kelebaran kecil. Tentera dan pasukan agensi tindak balas bencana turut sama menyertai misi menyelamat tersebut.


“Rahul telah diselamatkan dan berada dalam keadaan baik hasil daripada doa orang ramai dan usaha menyelamat berterusan pasukan kecemasan,” kata Ketua Menteri, Bhupesh Baghel di Twitter.

Sementara itu, Ketua Pentadbiran Daerah Tempatan, Jeetendra Shukla berkata, kanak-kanak tersebut masih hidup namun berada dalam keadaan lemah dan dikejarkan ke hospital terdekat.

“Seekor ular dilihat berada dalam lubang yang sama, namun Rahul menunjukkan sikap berani dan kekal tenang ketika operasi menyelamat dilakukan,” ujarnya.

Pegawai tempatan berkata, cuaca buruk dan ular berbisa serta kala jengking yang berada dalam lubang perigi tersebut menyukarkan usaha menyelamat dilakukan.

Ketika operasi berjalan, sebuah kamera digunakan untuk memantau keadaan kanak-kanak tersebut serta pergerakannya, kata Ketua Polis Daerah Janjgir, Vijay Agrawal kepada AFP.

“Memandangkan dia tidak boleh bercakap atau mendengar, kami berdepan cabaran yang besar,” katanya.

Selain itu, sebatang paip oksigen turut disalurkan kepada Rahul ketika proses menyelamat dilakukan bagi menyalurkan udara segar kepadanya. Usaha menggali terowong turut menjadi sedikit perlahan disebabkan terdapat banyak batu keras di bahagian bawah tanah. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.083327 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top