CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Kahwin Buat Hal- Berang Kalah Dalam Permainan, Pengantin Lelaki Tampar Isteri Atas Pelamin

15-6-2022 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5149| Komen: 39

Tashkent: Tular video pengantin lelaki memukul kepala pengantin wanita dalam satu majlis perkahwinan di Uzbekistan.

New York Post melaporkan, pengantin lelaki bertindak memukul pasangannya ketika permainan semasa majlis perkahwinan mereka.

Rakaman tular itu menunjukkan lelaki yang baru berkahwin itu memukul isteri di hadapan tetamu yang ketakutan.


Foto: New York Post

Ia berlaku ketika pengapit masing-masing berdiri di samping pasangan berkenaan.

"Tiada siapa yang menghalangnya, tiada siapa yang (cuba) mempertahankannya," menurut ciapan seorang saksi, pada Ahad.


Dia meminta peguam untuk menyiasat insiden itu bagi memastikan pengantin lelaki bertanggungjawab.

Detik mengejutkan itu berlaku ketika pertandingan antara pasangan pengantin berkenaan.

Klip berdurasi 30 saat menunjukkan wanita itu menewaskan suaminya dalam permainan itu dan ia mendorongnya untuk mengangkat tangannya menandakan dia menang.

Orang ramai kemudian mula bersorak seketika apabila pengacara memuji pengantin perempuan.

Pengantin lelaki kemudian tiba-tiba dilihat mengangkat tangan kirinya dan memukul kepala pengantin perempuan.

Tetamu segera terdiam dan pengapit pengantin lelaki kelihatan memandang telefonnya.

Klip itu kemudian menunjukkan pengantin perempuan yang dipukul itu, dibantu turun dari pentas oleh pengapitnya dan wanita lain.

Beberapa pengguna Twitter menasihatkan wanita itu untuk meninggalkan suaminya itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-6-2022 01:26 AM
Demikianlah perangai jantan di negara yang berakhir dengan -stan. Memang syaitan sunggoh gayanya.
Quote sukacactus 15-6-2022 06:00 AM
Elok la tak diteruskan saja perkahwinan tu
Belum apa2 dah kena sedas
Quote matchstick 15-6-2022 07:01 AM
Dh kawen dh pun..Majlis resepsi je tu. Kalau Majlis nikah sblm salam tok Kadi sempat lagi kalau pengantin nk ubah fikiran
Quote bambimo 15-6-2022 07:42 AM
Ic.. Aku tgk gak video tu xfaham apa yg trigger dia hempuk wife dia. Oh rupanya wife dia menang game..
Quote nw111 15-6-2022 08:11 AM
Dpn org pun berani buat cenggini.. kalau kat belakang lunyai bini dia kena lanyak...elok la mintak cerai serta merta
Quote darkness 15-6-2022 08:12 AM
Ceraikan aje lelaki gitu. Depan org pun boleh pukul suka hati
Quote Rajawali 15-6-2022 08:14 AM
https://www.youtube.com/watch?v=hkjZAFqPil8
kuat oo kena tumbuk..
Quote bottombikini 15-6-2022 08:17 AM
kesiannya dia
cilake betul dah la tak hensem
Quote capiloton 15-6-2022 08:22 AM
Play stupid games, win stupid prizes  
Quote TomyamPuteh 15-6-2022 08:26 AM
Kt sana pompuan tak blh la claim diorg sentiasa betul nampaknya.
Quote batu kikir 15-6-2022 08:35 AM
Apa salahnya pompuan tu purak-purak kalah?
Mcm kalau kita main golf dgn Agung......walopon Agung handicap punyalah banyak......tapi kita kalahkan diri kita sendiri. Contoh pukul bola golf tak masuk lubang walopon jarak 2-3 inci je
Quote dani-rox 15-6-2022 08:58 AM
Jangan cerai dekk. Ko bg racun tikus sikit2. Bila dia mampos, ko dpt harta, duit insurans ke... dan title balu. Depan mata masyarakat yg kuat patriarki, widow = good wife
Quote copy_paste 15-6-2022 09:00 AM
takziah la,selamat  berumahtangga
Quote toynme 15-6-2022 09:00 AM
aku plak yang berdengung kepala...tak guna itu jantan
Quote annehuda 15-6-2022 09:05 AM
batu kikir replied at 15-6-2022 08:35 AM
Apa salahnya pompuan tu purak-purak kalah?
Mcm kalau kita main golf dgn Agung......walopon Agung ha ...

bangangnya pemikiran
Quote Suchi 15-6-2022 09:25 AM
Takleh terima kenyataan, sejenis bangsa takleh pompuan lebih drpd lelaki.
Quote Suchi 15-6-2022 09:29 AM
batu kikir replied at 15-6-2022 08:35 AM
Apa salahnya pompuan tu purak-purak kalah?
Mcm kalau kita main golf dgn Agung......walopon Agung ha ...

Selama ni pun mmg ramai je pompuan terpaksa purak2 utk menjaga air muka lelaki. Beli emas sendiri tapi kata laki yg hadiahkan.
Contoh paling mudah sekali laaaa kepakaran semua wanita iols rasa iaitu purak2 puas bila bersama suami padahal ada yg tak penah rasa pun sepanjang kahwin.


Quote Cpkay 15-6-2022 11:00 AM
aiyooo lelaki tu boleh buat muka selamba je lepas hempuk bini dia tu ... jilake betul ..
Quote ctkusiam 15-6-2022 11:15 AM
Nmpk bengis muka pengantin lelaki dan ego ye. pengantin leleki ni tk boleh terima kekalahan, main game je pun. Adoi..aku tk leh tgk lelaki berkasar dgn pompuan lebih2 lagi dpn org ramai... huhu

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.104667 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top