Bukan biasa-biasa hadiah ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman!
Mana tidaknya, pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Fazura sendiri menjadi antara hadiah kejutan pada majlis ulang tahun Tengku Permaisuri Selangor itu, baru-baru ini.
Menerusi Instagram, Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengakui dia dan suami sangat teruja apabila mereka diamanahkan untuk menjadi pembawa kek pada hari bersejarah itu. “Saya dan Fattah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri yang bertemakan Bollywood iaitu tema yang sangat meriah. “Kami adalah antara hadiah kejutan kepada Tengku Permaisuri dengan misi membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri. “Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian Happy Birthday, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua,” tulisnya yang mengakui dia dan Fattah sendiri mengalami kejutan dengan senyuman dan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri. Lebih mengujakan apabila jelas kelihatan riak wajah gembira baginda berdua. “Sungguh dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. Manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua. Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan,” katanya. Permaisuri Selangor sebelum ini juga pernah mengirim beberapa barangan istimewa seperti syiling emas dan naskhah al-Quran kepada Fazura. Ada tak selebriti lain boleh lawan kejutan Fattah Amin dan Fazura ini? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|