CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengikut Setengah Juta, Aleeya Zailan Tak Tolak Jadi Artis

14-6-2022 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46931| Komen: 283

Berjaya mencipta nama sebagai influencer di TikTok dengan jumlah pengikut hampir setengah juta, pembikin kandungan digital, Aleeya Zailan tidak menolak sekiranya dia akan terjun ke dalam dunia hiburan.


Aleeya tidak menafikan, dia dan keluarganya sememangnya gemarkan hiburan dalam kehidupan mereka.


Foto: IG

"Saya bukannya tak sukakan hiburan. Bahkan, keluarga saya pun memang suka menyanyi dan berhibur. Walau bagaimanapun, saya dan suami ada perniagaan yang perlu diuruskan dan tak mahu bergantung kepada kakitangan kami sahaja," katanya.

Dia yang juga ahli perniagaan produk kosmetik dan tudung tidak menolak jika satu hari nanti akan menaja program hiburan, namun lebih selesa berada di belakang kamera.




"Kalau saya babitkan diri dalam dunia hiburan sekalipun, cukuplah sebagai penaja atau rakan strategik yang duduk di belakang kamera sahaja. Saya tak mahu menyerlah," katanya.

Di TikTok, Aleeya berjaya mencuri perhatian ramai pengguna menerusi pelbagai kandungan termasuklah kemesraannya melayan semua pengikutnya setiap kali mengadakan video secara langsung di platform itu.





Selain TikTok, Aleeya dan suaminya yang mesra disapa dengan panggilan Big Boss turut mencipta nama di platform digital lain seperti Facebook dan juga YouTube dengan jumlah 'subscriber' lebih 61,000. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 14-6-2022 06:21 PM
Sapa yang layannnn
B40 jugekkk...
Quote chocobozhere 14-6-2022 06:22 PM
Aik minah ni hari tu live beriya2 cakap tanak sponsor program hiburan. Asal artikel tulis lain.
Quote mamajawie 14-6-2022 07:12 PM
Jual produk kurus tapi shuben boyak???nampak nau produk timbang kati sampai laki x nak amik..
Quote prince_marhaen 14-6-2022 07:34 PM
rempit muka petak mana pulak ni siap ada thread....alahaiiii
Quote sitikusut 14-6-2022 07:38 PM
chocobozhere replied at 14-6-2022 06:22 PM
Aik minah ni hari tu live beriya2 cakap tanak sponsor program hiburan. Asal artikel tulis lain.

Mmg dia dah kata takkan sponsor mana² program hiburan pun. Dia pun dah jawab dalam live dia. Pelik artikel ni menyimpang dah. Lain yg orang jawap lain depa tulis
Quote orkid_amani 14-6-2022 07:42 PM
Video live dia kat fb slu cerita sambil masak2..mmg nampak happening la dulu tapi skg dah xfollow..bingit
Quote che-cikL 14-6-2022 07:47 PM
Entah kenapa satu ketika kat FB iols selalu lalu dia masak2, sambil bercaaaakap tak berenti2. Pastu anaknya yg perempuan bercakap pelat Hollywood. Pastu keliling ada org gaji dua orang, ke lebih? Iols click "stop seeing this", aman hidup iols.
Quote kiah_mai_pulak 14-6-2022 07:56 PM
retis ke ni hanjjjjjj???
Quote bendera 14-6-2022 08:25 PM
aku suka tgk live dia dok masak2 ngan suami n pekerja dia..x ada nak control cantik dgn makeup sekati pun.syok tgk dia masak
Quote jihyomelly 14-6-2022 08:35 PM
bendera replied at 14-6-2022 08:25 PM
aku suka tgk live dia dok masak2 ngan suami n pekerja dia..x ada nak control cantik dgn makeup sekat ...

sama la..suka tgk dia masak2..pernah try asam pedas melaka yg letak halba suma tu sedap! slama ni tgk dia masak je tak pernah pun teringin nak beli product dia
Quote malygos 14-6-2022 08:37 PM
che-cikL replied at 14-6-2022 06:47 PM
Entah kenapa satu ketika kat FB iols selalu lalu dia masak2, sambil bercaaaakap tak berenti2. Pastu  ...

Hahahah sama kota
Quote nadie90 14-6-2022 08:49 PM
Kawan ceq agent jual produk dia ni kat FB....ceq klu masuk FB boleh kata 80% dari kawan FB ceq yg kebyakkanya kawan sekolah, kolej semua meniaga produk/jadi agent jual produk....semua nak cri rezeki, ceq faham.....klu ceq, xbrp pndai nak jual apa2 produk mcm depa....lagi2 diri sendiri ni pun bukannya pakai produk2 timbang kilo ni semua huhu
Quote edoraixora 14-6-2022 08:52 PM
Terlayan jugak 1-2 vid dia..bingit jugaklah, vid masak2  boleh lah tgok. Cuma rengsa dia suka ulang2 cakap.
Walaupun macam sempoi2 jer, tapi flex jugak tu.
Anak dia berabuk ckap omputeh.
Quote kotakominami 14-6-2022 08:58 PM
Suka tgok dia masak .....tp ari tu dia ckp takkan sponsor program hiburan.....
Quote samshik 14-6-2022 08:59 PM
Sokmo kepikiran.. Sapa yg hadap produk timbang kilo neh.. Kaya raya founder nya pun
Quote Qatrunnadaain 14-6-2022 09:00 PM
che-cikL: Entah kenapa satu ketika kat F ...


Hahahahahaha sama dan betul ????
Quote Piramida 14-6-2022 09:04 PM
samshik replied at 14-6-2022 08:59 PM
Sokmo kepikiran.. Sapa yg hadap produk timbang kilo neh.. Kaya raya founder nya pun

Haha memang kaya raya tengok kn expenses nya.

Hadap betul masing2 keluar duit beli dan tonton. Bertambah kaya raya dia.
Quote Piramida 14-6-2022 09:05 PM
Tp bab masak dan mkn agak scary.. Dgn garam ya, gula ya, chicken stock nya, msg nya. Janji sihat both suami isteri especially d husband hihihi
Quote SherryZass 14-6-2022 11:03 PM
Selalu lalu lalang kat fb, dah hide, aman hiduppp. Tak kenal siapa, tapi sebab muka petak pinggan tu mudah diingati

Lihat semua komen(283)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054659 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top