CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Tak Terima Hakikat Cristiano Ronaldo Suka Berjengket Ketika Bergambar

14-6-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1780| Komen: 4

Tabiat pelik Cristiano Ronaldo yang suka berjengket ketika bergambar menjadi kritikan dalam kalangan penyokong.

Ia berlaku selepas bintang Manchester United itu sekali lagi mengulanginya sebelum perlawanan Liga Negara-Negara Portugal menentang Republik Czech.



Foto: Daily Star

Dengan ketinggian enam kaki dua inci, Ronaldo membiasakan diri dengan berjengket setiap kali sesi fotografi pra-perlawanan, lapor Daily Star.

Pemain itu sekali lagi mengangkat tumitnya pada Khamis lalu, sehingga menjadi bualan para penyokongnya.

"Saya masih tidak dapat terima hakikat bahawa seorang lelaki berusia lewat 30-an berjengket untuk bergambar bersama pasukan supaya kelihatan lebih tinggi," sindir seorang penyokong.

"Lelaki ini mempunyai beberapa masalah psikologi yang mendalam," kata yang lain.

"Kenapa dia buat macam ni? Sangat pelik," tambah seorang lagi.


Foto: Daily Star

"Dia hanya mahu menjadi lebih tinggi daripada mereka yang lain di dalam gambar," demikian antara komen-komen penyokong. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 14-6-2022 04:04 PM
tak minat langsung mamat nih, tapi team mates dia yg lain berjengket jugak. benda mcm tu pon jd isu. daily star ambik komen dari twitter, land of the woke ekk?
Quote shi_jewel 14-6-2022 04:07 PM
abang dol....harap portugal menang worldcup tahun ni.

i menunggu team harimau malaya masuk, tapi dah kecundang dalam afc.... disebabkan sorakkan penonton...quote:pejaljumu,2022
Quote _kelly 14-6-2022 04:28 PM
yang lain barisan belakang jengket jugak pesal dia sorang kena kutuk
Quote Farhaz 14-6-2022 08:24 PM
shi_jewel: abang dol....harap portugal me ...



Sedehnyaaa penonton udah kena pitenah  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.163105 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top