Pada Februari lalu, AirAsia menandatangani memorandum persefahaman tanpa perjanjian untuk memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL untuk membangunkan platform mobiliti udara di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes memuat naik beberapa gambar di akaun Instagram miliknya untuk menunjukkan beliau dan pasukannya melawat pejabat Vertical Aerospace di Bristol, England.
Melihat gambar itu, kelihatan Tony bergambar dengan pengasas Vertical Aerospace Stephen Fitzpatrick di hadapan salah satu pesawat VX4 eVTOL. Tony menyatakan KLIA 2 ke pusat bandar Kuala Lumpur cuma mengambil masa 17 minit dan Lapangan Terbang Bangkok ke pusat bandar Bangkok pula memerlukan 11 minit sahaja.
Menjengah di komen, ramai netizen menyukai pesawat itu dan berharap ianya mampu milik apabila dilancarkan kelak. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|