Polis menahan wanita di Indiana, Amerika Syarikat yang mengaku tidak dapat menghidu bau bangkai anjing di dalam kereta miliknya
Lapor Insider, Jennifer Lair asal Brownsburg, Indiana berdepan tuduhan kekejaman terhadap haiwan serta pengabaian kanak-kanak selepas pihak berkuasa mendapati rumahnya dalam keadaan ‘jijik’. Berdasarkan laporan, jabatan kebajikan kanak-kanak daerah Hendricks menemui najis anjing bersepah di dalam kediaman milik Jennifer, di mana dia dan anak lelakinya tinggal. Terdahulu, bapa kepada kanak-kanak 8 tahun tersebut hadir untuk membawa dia pergi dan tinggal bersama dengan datuknya.
Ketika berada di rumah Jennifer, dia menyifatkan bau rumah itu ibarat bau ‘kematian’. Susulan itu, satu laporan dibuat kepada jabatan kebajikan kanak-kanak bahawa Jennifer sering menyuruh kanak-kanak berkenaan untuk mengutip najis anjing di dalam kawasan rumah mereka kerana dia mengalami sakit tulang belakang. Pemeriksaan polis di kediaman Jennifer menemui satu bangkai anjing di dalam tong sampah dan beberapa hari kemudian, satu lagi ditemui di dalam sebuah sangkar di dalam keretanya. Bagaimanapun, apabila disoal mengenai bangkai tersebut yang tidak diuruskan dengan sewajarnya, dia mendakwa tidak mempunyai deria bau akibat dijangkiti Covid-19. Sumber: OhBulan
|
nurul_akmar replied at 14-6-2022 03:19 PM
wow.. igt kat Msia je ada alasan kovid. kat sana pon sama juga..
ADVERTISEMENT