CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barangan Wartawan Hilang Ditemui Terikat Pada Pokok Di Hutan Amazon

14-6-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1137| Komen: 1

Pasukan pencari menemui barangan milik wartawan Britain, Dom Phillips dan pakar pribumi, Bruno Pereira yang hilang di hutan hujan Amazon seminggu lalu.

Polis berkata, pakaian milik Pereira telah ditemui, termasuk kad pengenalan kesihatan atas namanya dan beg galas dengan pakaian milik Phillips, bersama but kedua-dua lelaki itu.


Dom Phillips, kanan, dan Bruno Pereira pada 2018. 
Kredit foto: The Guardian/Gary Carlton

Seorang anggota bomba yang mengetuai pasukan mencari memberitahu pemberita, beg galas Equinox yang mengandungi pakaian dan komputer riba, ditemui terikat pada batang pokok separuh tenggelam di kawasan kali terakhir dilihat kedua-dua lelaki itu dilihat pada hari Ahad.


Terdahulu, Elizeu Mayaruna, yang bekerja untuk agensi orang asli Funai memberitahu Reuters, semasa mencari hutan di sepanjang sungai Itacoai pada hari Sabtu, dia menemui pakaian, kain terpal dan sebotol minyak motor.

Mayaruna dan dua lagi anggota pasukan pencarian orang asli yang mengenali Pereira, bekas pegawai Funai, berkata, mereka mengenali baju dan seluar miliknya.

Saksi berkata, mereka melihat Pereira dan Phillips, seorang wartawan bebas yang telah menulis untuk Guardian dan Washington Post, menyusuri sungai itu pada Ahad lalu.

Kedua-dua lelaki itu dalam perjalanan melaporkan di kawasan hutan terpencil berhampiran sempadan dengan Peru dan Colombia.

Kawasan itu merupakan kediaman kepada penduduk asli terbesar di dunia.

Wilayah liar dan tanpa undang-undang itu telah menarik perhatian kumpulan penyeludup kokain, bersama-sama dengan pembalak haram, pelombong dan pemburu.

Setakat ini Kerajaan Brazil belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan tersebut. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 14-6-2022 04:00 PM
apa jd kt dorang? selamat atau x??

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.032163 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top