CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Sahabat Maut Volkswagen Bertembung Lori Tangki Minyak

14-6-2022 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1447| Komen: 1

Tiga sahabat lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan malam semalam.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata kejadian pada pukul 9.40 malam itu dimaklumkan orang awam kepada pihak polis yang melibatkan mangsa lima sahabat lelaki berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun yang menaiki kereta Volkswagen.



“Pemandu kereta berusia 26 tahun dan seorang penumpang berumur 19 tahun mengalami cedera parah manakala pemandu lori tangki minyak itu tidak cedera,” katanya.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta Volkswagen itu dari arah Hutan Melintang menuju ke Teluk Intan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak tersebut.

Menurutnya, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 14-6-2022 02:46 PM
laju+hilang kawalan = tanah perkuburan/ICU Hospital

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.080079 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top