CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asyraf Depp, Asyraf McGuire? Asyraf Dah Tak Nak Guna Gelaran Imam Muda

14-6-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2974| Komen: 11

Dua belas tahun memegang gelaran Imam Muda, pendakwah terkenal Asyraf memberitahu sudah tiba masanya untuk dia tidak lagi menggunakan panggilan tersebut.

Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata, gelaran tersebut tidak lagi bersesuaian dengan dirinya yang kini hampir mencecah usia 40 tahun.

Foto: IG

"Dari 2010 sampai 2022, dah 12 tahun... dari Imam Muda sampai tua. Orang tanya sampai bila nak pakai gelaran itu. Nak tarik handbrake, letak jawatan macam poyo.

"Macam jawatan ini diberi oleh Sultan dan Universiti. Ramai pewaris muda, saya fikir dah perlu menghilangkan title yang mana tak sesuai dengan saya dah tua, umur 40 tahun dah, anak pun dah tiga.


"Nak ubah susah sebab dah melekat, tetap orang panggil yang sama. Banyak tahun dah fikir nak buang," kata Asyraf.



Pendakwah berusia 38 tahun itu memenangi program Imam Muda musim pertama yang ditayangkan pada 2010.

Dalam pada itu, Asyraf turut berkata dia tidak kisah apa sahaja gelaran untuk dirinya asalkan ia sesuai dengan iringan doa yang baik-baik.

Malah Asyraf secara berseloroh memberi cadangan panggilan namanya seperti pelakon Johnny Depp iaitu Asyraf Depp.

"Kadang-kadang orang bergurau dengan memanggil, ‘Imam yang tak akan tua’. Saya okay saja hendak dipanggil apa. Imam muda ke Imam tua, ustaz, bro, Acab, Imam saja ke, pakcik Asyraf, Encik Asy... tak kesah.

"Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik. Lagipun panggilan Imam Muda itu hanyalah gelaran yang diberi oleh pihak Astro semenjak 12 tahun yang lalu.

"Lalu diguna pakai meluas oleh masyarakat dan ianya melekat sehingga ke hari ini. Sedangkan sewaktu mula menyertai program Imam Muda, tak pernah terlintas di fikiran untuk diberi gelar sebegini.

"Bila dah tua nak masuk umur 40-an ini, rasanya macam nak tukar nama Asyraf Depp, Asyraf McGuire, Asyraf The Eagle, Pak ngah Asyraf, Daddy Asy ka, Asy Talabista ke," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 14-6-2022 01:10 PM
Guna je nama asal.


Quote prince_marhaen 14-6-2022 01:14 PM
bubuh je lah nama penuh sendiri, nak ringkas satu nama sendiri satu nama bapak.... takyah acah-acah pening la pulak nak suruh panggil daddy lah apa lah..satg betina yang merenyam try-try pulak nak manjah manjah...
Quote _kelly 14-6-2022 01:16 PM
suka ust asyraff ni cakap pon lembut je..ritu tengok gamba family dia wife pon tak over berjubah berniqob..sederhana je
Quote kucingitam 14-6-2022 01:49 PM
alah dia gurau2 je letak nama gelaran gitu...korang ni pun
Quote Mary_jane 14-6-2022 01:58 PM
Dah panggil Daddy Asy lah. Suka Asyraff ni, PU Azman santai2 jek takde lah gebang terpaling Islam macam sesetengah ustaz tu kan. Ustaz ke kekdahnya?
Quote dekmieDandy 14-6-2022 02:18 PM
sayang muka dia macam cepat tua

macam dah sembap sikit, under eye pun makin hitam

harap bini boleh bawak gi treatment
Quote doubleharmonic 14-6-2022 03:12 PM
mengada nya nak letak depp lah macguire bagai? dah tua tu tukar jelah jadi imam tua ni asal boleh mencapub jugak kan sebab dah sendu tak laku bagai?
Quote Decaffeinated 14-6-2022 03:58 PM
kalau juara acara lari dalam guni dapat title apa pulak eh?

Quote BellaThePrinces 14-6-2022 04:57 PM
doubleharmonic replied at 14-6-2022 03:12 PM
mengada nya nak letak depp lah macguire bagai? dah tua tu tukar jelah jadi imam tua ni asal boleh me ...

halah..halah...serius nau...sapa2 follow fb dia mesti tahu imam muda ni suka berseloroh...gurauan yg boleh dterima.
Quote kakikuDibibirmu 14-6-2022 05:12 PM
Papa jaat      
Quote sharlenetexas 14-6-2022 05:24 PM
doubleharmonic replied at 14-6-2022 03:12 PM
mengada nya nak letak depp lah macguire bagai? dah tua tu tukar jelah jadi imam tua ni asal boleh me ...

Imam Senior
Imam Kanan


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044584 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top