CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tua Terpedaya Love Scam, Sanggup Bagi RM200 Ribu Lebih Untuk Kekasih 'Doktor'

14-6-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1319| Komen: 4

Alor Setar: Seorang pesara mengalami kerugian berjumlah RM220,500 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' pada November tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Superintendan Elias Omar berkata, ia bermula apabila wanita berumur 60 tahun dari Pendang itu berkenalan dengan suspek menerusi Facebook yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai 'Amran Mohammad Ali'.


Gambar Hiasan, BBC

"Mangsa yang kematian suami sejak 2008 kemudian berhubung dengan suspek yang memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai seorang doktor di Syria, menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Suspek meminta bantuan daripada mangsa untuk memasukkan beberapa transaksi wang ke dalam akaun suspek bagi membantunya kerana sering berada dalam kesusahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Elias berkata, mangsa yang mempercayai suspek membuat kemasukan wang secara berperingkat melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke dalam tujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek.

"Mangsa membuat 51 transaksi berjumlah RM220,500 ke dalam kesemua akaun yang diberikan bermula Disember 2021 hingga Mei lepas dan duit berkenaan adalah daripada simpanannya sendiri. Mangsa sedar dirinya ditipu dan membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan dan membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun bank menerusi laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 14-6-2022 12:36 PM
Kerana cinta...buta mata dan hati2. Berhati2
Quote DayangKirana 14-6-2022 12:38 PM
Ala2 Tinder Swindler.. tapi whatsapp version.
jantan sengkek pon chuols boleh layan ke??
Asyik pinjam2 duit tu big effing red flag la ahjumma...
tak cukup makan garam nih...
Quote nurul_akmar 14-6-2022 03:21 PM
susahla kalau ada duit dlm akaun... mesti terdorong nk bnk in.. cuba kalau misekin.. mmg xde can la skamer tu. tu la.. scammer pon pandai memilih.. dia boleh bau org yg ada wang atau x
Quote Tembikaigoreng 14-6-2022 07:42 PM
Daku kalau nasihatkan org pasal love scam nie, di cop nya pulak aku busuk hati, hati hitam, pemikiran negative LOL...btw pandai ekkk scammers carik horang² kaya untuk di scam LOL

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.033171 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top