CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Boleh Jilat-jilat Dinding Restoran

14-6-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1284| Komen: 6

Sebuah restoran popular di Scottsdale, Arizona mendapat perhatian ramai kerana menawarkan pengunjung menjilat dinding restoran yang dibuat dari garam himalaya. 


Lapor Oddity Central, restoran The Mission sudah melaksanakan perkara itu sejak 17 tahun lalu. 


Kredit foto: FB The Mission

Restoran yang terletak di bandar lama itu dikenali dengan hidangan lazat dan dinding garam berwarna merah muda yang dibina di sekitar bahagian dapur. 

Ketua chef yang bertanggungjawab membawa garam himalaya itu berkata, cara itu bagi menambah suasana keseluruhan tempat dan memberi pelanggan peluang baharu menikmati minuman tequila di restoran tersebut. 



Kredit foto: FB The Mission

“Menghisap jeruk nipis, menjilat dinding dan menikmati minuman tequila adalah pilihan yang disediakan kepada pelanggan.

“Orang lain mungkin menilai cara tersebut sangat menjijikkan. Namun, garam Himalaya memiliki sifat membersihkan diri dan pekerja restoran juga mengelap dinding Himalaya itu setiap hari,” katanya. 


Kredit foto: Trip Advisor

Garam Himalaya merupakan antara garam paling terbaik di dunia kerana memiliki kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 14-6-2022 01:18 PM
pic 1: moral of the story-let's hug each other
Quote cap_ayam 14-6-2022 01:29 PM
Baru tengok cerita willy wonka & the chocolate factory keluaran tahun 1971. Ada juga scene jilat dinding. Kalau jilat kat gambar buah strawberry akan dapat rasa strawberry
Quote cap_ayam 14-6-2022 01:29 PM
Edited by cap_ayam at 14-6-2022 01:30 PM

Tapi kalau versi johnny depp tak perasan ada ke tak scene jilat dinding ni.
Quote Decaffeinated 14-6-2022 03:16 PM
cap_ayam replied at 14-6-2022 01:29 PM
Baru tengok cerita willy wonka & the chocolate factory keluaran tahun 1971. Ada juga scene jilat din ...

kalau rasa ikan masin?


Quote allshares 14-6-2022 03:17 PM
I will just pass
Quote dani-rox 14-6-2022 03:22 PM
sedap hingga menjilat dinding

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.077457 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top