CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil Terjun Sungai Di Keningau Selamat Ditemui Orang Awam

14-6-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 644| Komen: 0

Wanita hamil yang terjun ke sungai Kampung Ansip, Keningau, semalam ditemukan selamat oleh orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, wanita berusia 45 tahun berkenaan ditemukan sejauh 1.2 kilometer dari lokasi awal dia dilaporkan terjun.


Harian Metro

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.


"Sebaik menerima laporan, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pesisir sungai bersama penduduk kampung.

"Mangsa ditemui orang awam di tepi sungai kira-kira 1.2km dari lokasi dia dilaporkan terjun," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat seterusnya diberi rawatan awal unit di lokasi.

Katanya, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.14 pagi," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042808 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top