Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bangga harga barang keperluan asas di negara itu tidak mengalami kenaikan seperti di negara lain.
Jelasnya, harga bahan bakar minyak (BBM) serta beras di Indonesia jauh lebih murah berbanding negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS). Jokowi berkata, lonjakan harga berlaku di hampir semua negara di dunia akibat pandemik Covid-19 dan pencerobohan Russia di Ukraine. “Semuanya jadi tidak menentu akibat dua masalah tersebut sehingga berlaku lonjakan harga di semua negara.
“Kita perlu faham kenapa harga di semua negara mengalami kenaikan bagi semua barangan,” katanya lapor Kompas.com. Menurut Jokowi, beliau bersyukur kerajaan dapat mengawal harga beberapa barangan keperluan di tengah-tengah situasi yang sukar akibat dua faktor tersebut. “Contohnya, harga bahan api kita iaitu Pertalite masih 7,650 rupiah (RM2.30) dan tidak naik. “Minyak Pertamax yang sering dipakai oleh kereta-kereta mewah pula masih kekal 12,500 rupiah (RM3.70). “Berbanding di AS, harga petrol masih 19,400 rupiah (RM5.80) dan Singapura masih 33,000 rupiah (RM9.90),” jelasnya. Jokowi berkata, harga beras masih sekitar 10,700 rupiah (RM3.20) yang jauh lebih murah dari AS. “Lihat AS, harga sudah 52,000 rupiah (RM15.70). Bayangkan kalau harga beras di sini seperti itu, demonstrasi selama setahun pun tidak cukup,” katanya. Sumber: Utusan
|
kakikuDibibirmu replied at 14-6-2022 07:39 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
dua_chzy replied at 14-6-2022 07:37 PM
Selayaknyalah dengan gaji sedeh rakyat di Ndon sana pak.
glump replied at 14-6-2022 08:36 PM
Kat Malaysia super special tempatan tu $2.50 sekilo
dewimalam78 replied at 14-6-2022 08:59 PM
Kita semua import barang. Pasang paip pun tak reti. Semua upah org. Mcne harga brg tak naik. Indon n ...
ADVERTISEMENT