CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Umur Setahun Mati Ditembak Sebelum Bapa Bunuh Diri

14-6-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 712| Komen: 0

WASHINGTON – Seorang bayi perempuan berusia setahun di Amerika Syarikat dilaporkan maut selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran dia dikhuatiri diculik oleh bapa kandungnya, lapor saluran berita NBC News. 


Biro Siasatan Negeri Georgia mengesahkan kematian Jaquari Bennett pagi kelmarin. Pejabat Sherif Daerah Newton bagaimanapun akan meneruskan siasatan kes itu.

Seorang kakitangan pejabat sherif memberitahu saluran televisyen WXIA yang merupakan sekutu NBC bahawa bayi itu ditembak mati oleh bapanya, Darian Javaris Bennett sebelum dia bertindak membunuh diri.

Foto: Twitter

Bennett juga dipercayai membunuh ibu Jaquari sebelum menculik mangsa, lapor WXIA.


Pejabat Syerif Daerah Newton tidak  menjawab permintaan untuk mendapatkan komen berhubung kes tragis itu daripada saluran berita NBC News.

Amaran kecemasan dikeluarkan untuk Jaquari selepas pihak berkuasa melaporkan bahawa dia diculik pada Sabtu lalu.

Amaran itu mengenal pasti Bennett berpotensi menjadi penculiknya dan menaiki kereta Honda Accord 2000.

Bayi itu dipercayai berada dalam situasi bahaya melampau, jelas amaran itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.030182 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top