CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Itu Bella Bukan Hantu- Bainun Marah Orang Bagi Air, "Nanti Dia Kencing Merata!"

14-6-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1477| Komen: 5

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan kelapan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa kelibat yang dilihat berdiri berhampiran peti sejuk adalah remaja perempuan Sindrom Down Bella dan bukannya hantu.


Suhana Zam, 40, berkata demikian ketika disoal balas peguam Farhan Maaruf berhubung kelibat yang dilihat pada tengah malam ketika dia di rumah Siti Bainun Ahd. Razali semasa membuat kerja di Kondominium di Wangsa Maju pada tahun lalu.

Semasa ditanya peguam itu, sama ada saksi tersebut tidak takut melihat tubuh berdiri di hadapan peti sejuk tidak bergerak-gerak di rumah kondo tersebut pada waktu tengah malam, saksi itu menjawab tidak takut.


Foto: Kosmo


Peguam: Kalau puan tak rasa macam itu (tidak takut) memang dalam pengetahuan puan itu memang Bella. Bukan hantu. Setuju?

Saksi: Setuju.

Dalam pada itu saksi tidak pasti sama ada penghuni-penghuni di rumah Siti Bainun suka bermain “sembunyi- sembunyi”.

Sementara itu saksi itu turut mengatakan dia pernah mendengar Siti Bainun pernah menjerit dengan nada marah menyoal siapa yang memberi air kepada Bella.

“Kak Haiza yang memberi air kepada Bella dan Kak Haiza bertanya apa masalahnya, Siti Bainun kemudian berkata ‘oh akak ke yang bagi, bukan apa Bella ini kalau minum dia suka kencing merata” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izalizam Sanusi bersambung lagi Khamis ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 14-6-2022 11:08 AM
cilako punye gemok
Quote hareeeesah 14-6-2022 12:18 PM
Eh takde ke sapa nk sihir ke santau si benon ni, geram btul
Quote beautifulorchid 14-6-2022 05:15 PM
gemok ni elok bagi makan buaya je
Quote sharlenetexas 14-6-2022 05:23 PM
Hantu punya benon gemok.


Quote darkness 14-6-2022 05:30 PM
Ya Allah..hemm speechless

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.078329 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top