CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Umur 30 Tahun Derita Seumur Hidup Angkara Covid-19- Buah Pinggang rosak Teruk, Tak Boleh Cakap, Tak Boleh Jalan

14-6-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1887| Komen: 2

PUTRAJAYA – Seorang pekerja kedai di Bangi, Selangor dekat sini terpaksa menanggung penderitaan dengan perlu menjalani dialisis sepanjang hayat selepas pernah disahkan positif Covid-19 kategori lima pada Januari tahun lalu.


Lebih memilukan apabila wabak tersebut turut menyebabkan Lukman Hakim Abu Bakar, 30, mengalami masalah buah pinggang yang serius selain memerlukan tongkat untuk berjalan dan perlu menggunakan alat khas (peti suara) ketika bercakap.

Foto: Kosmo

“Saya memang mempunyai masalah buah pinggang tetapi tidaklah sampai perlu dialisis. Doktor nasihatkan untuk saya menjaga pemakanan dan jika mengikuti pantang larang makan, saya tidak perlu melalui proses tersebut.


“Bagaimanapun, disebabkan jangkiti Covid-19, ia menyebabkan masalah buah pinggang saya bertambah teruk.

“Malah, saya menghidap diabetes sejak berusia 12 tahun, sekali gus dikategorikan sebagai individu berisiko tinggi ketika dijangkiti Covid-19,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Bangi baru-baru ini.

Mengimbas kembali pengalaman dijangkiti Covid-19, anak ke­dua daripada enam beradik itu berkata, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang pada 21 Januari tahun lalu dan terpaksa ditidurkan selama dua minggu.

“Sewaktu dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Serdang, saya terus tidak sedarkan diri dan kemudian ditidurkan. Selepas sedar, barulah saya dimaklumkan bahawa sudah dua minggu saya ditidurkan,” ujarnya.

Katanya lagi, ibu serta kakak dan adik bongsunya turut dijang­kiti Covid-19, namun tidak sete­ruk yang dialaminya.

“Selepas keluar dari wad, saya tidak boleh berjalan dan perlu menggunakan kerusi roda selama setengah tahun. Saya juga perlu memakai lampin pakai buang dan bantuan oksigen kira-kira dua hingga tiga bulan.

“Alhamdulillah, kesihatan semakin baik serta boleh bekerja semula. Saya bersyukur kepada Allah dan sehingga kini, saya masih mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti Covid-19 walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 14-6-2022 05:13 PM
semoga allah permudah kan urusan.. kasihannya
Quote Supersirap 15-6-2022 03:42 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan saudara

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.209242 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top