CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Mati Dirogol Berkali-Kali Oleh Jiran 4 Beradik

14-6-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2396| Komen: 3

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dirogol berulang kali oleh empat adik beradik lelaki dijangkiti HIV, yang juga jiran mangsa.

Kanak-kanak malang itu menjadi mangsa penderaan oleh jirannya selama beberapa tahun sebelum kematiannya.

Dalam kejadian di Bolivia di Amerika Selatan, mangsa diserang oleh pelaku yang dijangkiti virus itu, masing-masing berumur 15, 17, 23 dan 28 tahun.


Gambar Hiasan

Mangsa koma dan mengalami dua serangan jantung pada Sabtu lalu.

Kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia di hospital di Santa Cruz selepas dia mengalami serangan jantung kedua pada hujung minggu.


Susulan berita kematiannya, Presiden Bolivia, Luis Arce mengutuk tindakan penyerang dan melabelkan mereka sebagai durjana.

"Kami meluahkan rasa duka cita di atas pemergian anak kecil itu di Yapacani," tulisnya di media sosial.

Memetik laporan Daily Mail, ibu bapa mangsa mendedahkan anak lelaki mereka didera secara seksual selama lebih dua tahun.

Mangsa hanya mendedahkan cerita sebenar selepas mendapati dirinya dijangkiti HIV, tahun lepas.

Dia mengenal pasti pelaku sebelum keluarganya segera memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Dilaporkan bahawa anak sulung daripada empat beradik itu meninggal dunia akibat penyakit itu, tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang pelaku bawah umur dihadapkan di mahkamah juvana dan akan ditempatkan di pusat pemulihan Cenvicruz.

Adik beradik lain dipercayai telah melarikan diri ke Chile. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 14-6-2022 10:13 AM
Siannya dia dpt jiran lg low dr haiwan
Quote matchstick 14-6-2022 10:17 AM
4 beradik semua gay
Quote Tembikaigoreng 15-6-2022 01:30 AM
Syaitan punya jiran

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.068234 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top