CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pergi Minum Bersama, Ayah Tergamak Rogol Anak Perempuan Tepi Pantai

14-6-2022 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2533| Komen: 7

Seorang pesara ditahan atas dakwaan merogol anak perempuannya di sebuah pantai di Greece, baru-baru ini.

Lelaki berusia 70-an itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang berusia 30-an, ketika mereka sedang bercuti di sebuah resort.


Menurut mangsa, dia diserang seorang lelaki di tepi pantai, namun dia tidak ingat apa yang berlaku kerana sedang mabuk.

Gambar Hiasan

Kata wanita itu, dia juga tidak ingat siapa pelakunya, namun yakin individu tersebut berpakaian serba putih.

Pihak berkuasa yang membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dia dan bapanya sedang minum bersama-sama di sebuah bar sebelum serangan seksual itu berlaku.


Lebih mengejutkan, rakaman memaparkan bapanya sendiri yang melakukan perbuatan tersebut, sekaligus membawa kepada penahanan pesara itu pada 12 Jun lalu.

Lelaki itu turut memukul wajah mangsa sebelum membawanya ke tepi pantai dan melakukan serangan berkenaan.

Pasukan perubatan berkata, mangsa "diselubungi" kecederaan yang konsisten dengan batu dan dahan yang terletak di pantai.

Mereka menekankan bahawa kecederaannya juga konsisten dengan rogol dan mengesahkan bahawa mereka telah mengumpul sampel DNA bapa dan anak perempuan itu, menurut akhbar tempatan Neakriti.

Pesara itu didakwa dengan jenayah rogol, penderaan seksual dan keganasan rumah tangga selepas polis membawanya ke pejabat majistret.

Dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Wanita itu difahamkan tidak percaya, dan telah memberitahu polis bahawa tidak mungkin bapanya tergamak melakukan perbuatan tersebut.

Polis berkata bapanya akan kekal dalam tahanan sehingga Selasa (14 Jun), iaitu tarikh akhir untuknya mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

Menurut undang-undang Greece, hukuman yang dikurangkan boleh dijatuhkan kepada orang yang menyatakan rasa bersalah dan meminta maaf atas jenayah mereka. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-6-2022 11:26 AM
tergamaknya la..............
Quote batu kikir 14-6-2022 11:58 AM
Ingatksn kat Kelantan tadi
Quote renko 14-6-2022 12:17 PM
timbalan mb sskjp urut dada tanda lega
Quote tri-max 14-6-2022 12:46 PM
napalah memasing ingt kelantan...
Quote shernazz 14-6-2022 01:58 PM
Iols igtkan bapaknya naik moto bawak anak pompuan tepi pantai...nak ngeteh kat kedai mi celup ke apa
Quote Nuyak 14-6-2022 02:55 PM
mabuk punya pasal ke ni??
Quote selipar_hijau 14-6-2022 03:07 PM
aku pun ingatkan kat kelantan dah tadi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051320 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top