Nama Iman Troye tidak asing lagi dalam industri nyanyian. Walaupun baru menceburi bidang ini, namun Iman mempunyai peminat yang begitu ramai oleh kerana bakat nyanyiannya yang begitu menyerlah.
Baru-baru ini, Iman Troye atau nama penuhnya Siti Nur Alyssa Sahabudin memuat naik beberapa siri video di akaun Tiktok miliknya.
Video pertama yang dikongsikan itu tertulis kapsyen "Day one kena tinggal". Ternyata video itu tular dan sekali lagi nama Iman menjadi bualan netizen.
Iman juga turut berkongsikan beberapa video lain dengan kapsyen "kena tinggal". Hal ini menyebabkan peminat Iman telah meninggalkan pelbagai reaksi.
Video itu juga tidak berakhir pada hari pertama hingga keempat, malah Iman Troye turut memuat naik perkembangannya yang dilihat 'broken' pada hari kelima dan keenam.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen tidak menyangka bahawa selebriti cantik dan berbakat sepertinya juga ditinggalkan dan dalam masa sama, ramai percaya bahawa video yang dimuat naik itu hanyalah gimik untuk melancarkan lagu terbarunya tidak lama lagi. - CARI