Isteri Caprice, Farra Inalis tidak meminta dikecam, namun menyifatkannya sebagai 'rezeki' kerana cacian dan komen bukan-bukan daripada netizen menjadi sebahagian keuntungan dalam pemasarannya.
"Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu. Kenapa saya nak melenting kalau orang caci maki atau nak komen bukan-bukan sedangkan mereka beri manfaat pada saya tanpa mereka sedar," tulisnya di Instagram. Farra yang mesra disapa sebagai Elis juga menyifatkan netizen yang sanggup komen bukan-bukan untuk puaskan hati sendiri walau tidak pernah mengenali dirinya mempunyai penyakit hati.
Tambahnya, penampilannya tidak bertudung adalah urusannya dengan Allah. "Saya boleh minta maaf dan bertaubat bila tiba masanya. Tak perlu mengingatkan saya 'kesian suami tanggung dosa'," ujarnya. Kata Farra, dia tidak akan memadam semua komen negatif ditinggalkan di ruang komen media sosialnya. Biar anak cucu makcik pakcik bawang tahu perangai sebenar keturunan mereka. - CARI
|
ADVERTISEMENT