Gerakan Belia 4B Malaysia mempersoal tindakan penganjur festival Bon Odori yang sengaja memulakan acara itu menjelang waktu maghrib yang dianggap tidak sesuai kepada umat Islam yang ketika itu sibuk mahu menunaikan solat.
Pemangku Presidennya, Fahami Ashrof Badaruddin ketika dihubungi berkata, perkara itu juga bukan baharu kerana persembahan tarian pertama berlangsung amat meriah apabila azan maghrib dilaungkan konon sebagai tradisi Jepun. “Saya tidak faham setiap tahun program ini mesti mula pukul 7 petang dan langsung tidak dihentikan ketika waktu maghrib seolah-olah penghinaan kepada syiar agama Islam,” katanya. Festival anjuran Kedutaan Besar Jepun itu mencetuskan polemik setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melarang penyertaan umat Islam. Kenyataan tegas beliau itu turut disokong ramai mufti dari pelbagai negeri dan tokoh agama kerana program tersebut ada unsur pemujaan roh hantu dan bertentangan dengan akidah. Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor tidak menyekat masyarakat Islam hadir atas alasan karnival itu hanyalah berbentuk kebudayaan. Fahami Ashrof yang menjunjung titah Sultan Selangor imenyarankan penganjurnya agar peka dan bertolak ansur kepada sensitiviti majoriti umat Islam. “Bayangkan, sudahlah mula waktu maghrib, tiada kemudahan surau disediakan pun waima peserta muslim tidak pula berhenti rehat seketika bagi mendirikan solat fardu,” katanya. Selain itu, dia mempertikai tindakan penganjur tidak pernah memberi terjemahan kepada mantera pemujaan roh hantu nenek moyang bagi difahami para pengunjung Islam. Sumber: UTUSAN |
Azharitubunga replied at 14-6-2022 01:03 PM
Time magrib la hantu lapar
ADVERTISEMENT