CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rusia Ganti McDonald’s Tapi Mirip Logo Hotel Marriott Bersilang Dengan Bendera Bangladesh

13-6-2022 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1004| Komen: 0

Sebuah rangkaian restoran makanan segera yang menggantikan McDonald’s di Rusia, tampil mendedahkan logo baharu menjelang pembukaan premisnya secara besar-besaran.


Lapor The Guardian, tarikh pembukaan rangkaian restoran itu ditetapkan pada 12 Jun bersempena Hari Rusia iaitu hari kemerdekaan negara berkenaan.


Foto: Dosie.mk

Malah, rangkaian restoran itu akan dibuka di Dataran Pushkin, lokasi sama McDonald’s pertama kali beroperasi di Rusia pada 1990.

Lebih 1,000 bekas pekerja McDonald’s di Rusia akan bekerja dengan rangkaian restoran baharu itu akibat sekatan dikenakan oleh Barat ke atas aktiviti ekonomi republik itu.


Menurut laporan, logo baharu itu menampilkan gabungan burger dan dua kentang goreng kelihatan seperti huruf M.

Setakat ini, nama jenama rangkaian restoran baharu itu masih belum didedahkan.

Beberapa pengkritik menyifatkan logo baharu itu menyamai logo rangkaian hotel Marriott yang beroperasi di Rusia.

Seorang pengguna media sosial menggambarkannya sebagai `logo hotel Marriott bersilang dengan bendera Bangladesh’.

Sementara itu, agensi berita RIA Novosti melaporkan aplikasi McDonald’s di Rusia dinamakan semula sebagai My Burger.

Media melaporkan ia merupakan nama sementara rangkaian restoran itu bagi mematuhi peraturan untuk mengeluarkan jenama McDonald’s.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060071 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top