CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Lari Keluar Ingatkan Harbour Mall Nak Runtuh

13-6-2022 07:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1312| Komen: 0

Bunyi kuat jubin retak di sebuah lot kedai di Harbour Mall di Sandakan menyebabkan orang ramai berlari keluar kerana menyangkakan bangunan itu akan runtuh.


Susulan video kejadian itu yang tular, pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu menerusi kenyataan menyangkal dakwaan bahawa bangunan itu runtuh, namun mengakui terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat premis itu.


Harian Metro

"Ya, terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat. Ia berpunca daripada satu bahagian kecil jubin lantai yang retak pagi ini.

"Kami memberi jaminan bahawa bangunan pusat beli-belah kami adalah dalam keadaan kukuh dan tiada isu struktur seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.


Pihak pengurusan Harbour Mall meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak mempercayai serta menyebar berita palsu tanpa mengesahkan kebenarannya.

Sementara itu, unit penguatkuasaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sandakan telah membuat pemeriksaan ke atas bangunan itu dan hanya menemui beberapa jubin retak dalam sebuah lot kedai.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.028489 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top