Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Shahiezy Sam iaitu Syatilla Melvin berkongsikan gambar terbaru anak bongsunya yang dinamakan Salama Samheizy yang kini menjangkau usia satu bulan.
Penkongsian itu dimuat naik di akaun Instagram milik Syatilla yang mengatakan dia sangat gembira dan bersyukur apabila anaknya menunjukkan perkembangan yang sihat setelah 30 hari dilahirkan.
Syatilla juga mendoakan supaya Salama terus membesarkan dengan sihat dan sempurna.
Untuk pegetahuan semua, anaknya itu telah selamat dilahirkan pada 10 Mei lalu melalui proses pembedahan caesar.
Kepada yang tidak tahu, pasangan selebriti Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin telah mendirikan rumah tangga mereka sejak tahun 2016 dan hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata. - CARI