Akibat malas belajar dan mahu main pemainan video sepanjang hari, seorang murid berusia 12 tahun di Beijing, China mahu berhenti sekolah dan mahu "fokus" bermain permainan video. Memetik Harian Metro, pelajar yang tidak hadir sekolah sejak 20 hari lalu itu membuatkan gurunya datang ke rumah dan bertanyakan kenapa mahu berhenti sekolah. Difahamkan, ketika mendengar pelajar itu menjawab 'mudah untuk mencari wang', guru tersebut membawa dia ke tapak pembinaan untuk menunjukkan betapa gigih ibunya bekerja demi menyara keluarganya. Dengan harapan pelajar itu akan kembali ke sekolah, guru tersebut meneman pelajar itu bekerja di tapak pembinaan sehari suntuk sehingga dia akhirnya menyesal dan mahu kembali ke sekolah. - CARI |
munahminah replied at 13-6-2022 10:11 PM
Malaysia pn menuju ke arah ini
ADVERTISEMENT