CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sentuh Nasi Sejak 2019, Makan 12 Biji Telur Sehari-Rahsia Suami Faezah Elai Kurus Dan Kacak

13-6-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7715| Komen: 59

"Potong usus? Tidak ada masa nak buat. Buang duit saja. Kalau boleh buat cara yang mampu iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, buat saja. Tapi kalau mampu dengan cara pembedahan, terpulang. Masing-masing punya selera dan pilihan."


Demikian kata pengarah terkenal Heykal Hanifah, 48, mengenai susuk badannya yang semakin kurus hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet dan segelintir pihak yang mendakwa dirinya membuat pembedahan bariatrik semata-mata untuk kurus.

Heykal berkata, sejak Mei 2019 dia mengamalkan diet pemakanan termasuk memakan 10 hingga 12 biji telur sehari hingga mencapai berat sekarang 75 kilogram (kg).

Foto: IG



"Masa kahwin dengan Faezah Elai pada September 2011, berat saya 121kg. Ketika itu kerja saya makan saja. Tak makan masa tidur saja. Sampai berat turun naik dalam lingkungan 115 hingga 118kg hingga Mei 2019. Masa Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 pun masih 118kg.

"Selepas itu ambil keputusan, lagi pula anak-anak kecil lagi dan masih sekolah, takutlah kalau jadi apa-apa masalah atau sakit. Dengan kesedaran itu, saya dan isteri ambil langkah amalkan gaya hidup sihat iaitu diet. Macam-macam diet saya buat dari segi pemakanan. Isteri yang banyak uruskan pemakanan saya sampai sekarang. Saya tahu kalau lapar, dia buatlah apa yang patut. Cuma, tahap kelaparan tak macam dulu.

"Sepanjang diet hingga sekarang, teruk juga menu saya. Ada sampai tiga bulan makan telur saja setiap hari iaitu 10 hingga 12 biji sehari dengan pelbagai jenis masakan. Hinggakan saya terkena penyakit Gerd disebabkan diet teruk. Tapi sekarang alhamdulillah okay dah selepas jumpa doktor dan diberikan ubat. Doktor juga menyarankan menu yang boleh dimakan. Dalam masa sama, saya juga tak makan nasi dari 2019 sampai sekarang. Tak ada apa yang pelik pun. Alhamdulillah, berat sekarang dah 75kg," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Heykal juga suami kepada pelakon Faezah Elai, disebabkan masalah berat badan itu dia mengalami masalah sakit pinggang dan kesukaran ketika menunaikan solat.

"Ketika berat masih lebih 100kg nak solat dan duduk antara dua sujud pun susah. Saya juga sakit pinggang sebab terlalu berat. Tapi, selepas amalkan diet pemakanan berat menjadi 85kg hinggakan ketika menghadiri Anugerah Skrin 2019 kecoh sampai orang tak kenal sebab dah kurus. Berat ni turun berperingkat, tidaklah mendadak.



"Nak tengok perkembangan badan saya semua ada di Intagram. Siapa 'follow' saya memang nampak perkembangan. Tidak adalah mendadak turun. Mungkin lepas ni kalau tak jaga naik balik, tapi tak nak lah. Tahap kolestrol, kencing manis, dan lain-lain semua dah normal. Sebelum ni semua di tahap 'border'. Alhamdulillah sekarang dah okay dan semoga dapat teruskan gaya hidup sihat ini.



"Sejak 2019 juga saya pergi gimnasium. Kebetulan adik Faezah jurulatih di situ, jadi dia banyak bantu. Masa tu banyak buat 'cardio' sebab badan besar. Apabila dah kecil ni kena buat senaman 'body lifting'. Dulu setiap hari jogging 7km di kawasan perumahan. Makan kena jaga dan tak ambil minuman manis. Karbohidrat banyak 'cut', lebihkan ambil protein, ayam, ikan, telur, itu saja. Kalau pergi gim tak nak makan, ambil protein bentuk serbuk," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 13-6-2022 05:41 PM
kurus tu ye

tapi kacak tu.......
Quote emera 13-6-2022 05:44 PM
Kolesterol kau berapa?
Quote zaraaqilah 13-6-2022 05:44 PM
yer lah tuuuuu....
Quote sleepandream 13-6-2022 06:53 PM
asalkan pakai baju tak nampak perut terkedepan tu kira ok la...
bukan senang dah tua2 nak turunkan berat badan... kurus sebab kencing manis ramai laaa
Quote Wayree 13-6-2022 06:56 PM
Silakn g check kolestrol
Quote Piramida 13-6-2022 07:02 PM
Oklah.. Diet... Dan masuk gym. Tahniah.

Yg operate pun tak tentu maintain kurus dan sihat hihi
Quote imransulaiman 13-6-2022 07:59 PM
Kulit tak geleber ke?
Quote .HannahMontana. 13-6-2022 08:11 PM
Dia ni pun sekor lagi nakharom perampas pundekk laki orang

Tu laki ko dah kurus tu mahunya back on track , record di caras wanita muda

perghh perghhhhhhh perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bakal kena cerailah ko ezah maka ko bakal menangis mak elai elaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Quote .HannahMontana. 13-6-2022 08:11 PM
Dia ni pun sekor lagi nakharom perampas pundekk laki orang

Tu laki ko dah kurus tu mahunya back on track , record di caras wanita muda

perghh perghhhhhhh perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bakal kena cerailah ko ezah maka ko bakal menangis mak elai elaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Quote kiah_mai_pulak 13-6-2022 08:12 PM
dh rupa lakinya ashira potong kaki tu je
Quote likilu 13-6-2022 08:44 PM
dia pakai contact lense heliza misbun tu ke?

elok sikit pakai baju raya gitu, selalu gi mana mana pakai pakai baju inner je dengan tudung besr. dah macm acik acik africa dah pakai sari (belit belit kain pasang, tak jahit) then inner baju kat dalam.
Quote wirazam 13-6-2022 08:54 PM
Ada gambar lama laki dia tak..nak tgk masa berat 100 kg tuh
Quote nakkomenjugak 13-6-2022 09:21 PM
moha tercapai impian iol nak kasi cantas 30kg ni haaa
Quote adelea 13-6-2022 09:47 PM
.HannahMontana. replied at 13-6-2022 08:11 PM
Dia ni pun sekor lagi nakharom perampas pundekk laki orang

Tu laki ko dah kurus tu mahunya back on  ...

Apa ke setannya perangai kau ni …
Klu org doakan kat kau macam tu marah tak ?

Kekdahnya marah macam ko tu bini pertama yg kena cerai …

Hagak2 la weii ..
Quote .HannahMontana. 13-6-2022 09:51 PM
adelea replied at 13-6-2022 09:47 PM
Apa ke setannya perangai kau ni …
Klu org doakan kat kau macam tu marah tak ?



Allah tu cipta aku terlalu jelita

sehinggakan kalau musuh ketat bersua muka pun sanggup musuh ketat aku tu peluk aku ketat-ketat

xdelah mcm ctcaras tu dikatakan meminta-minta di peluk


uhmmm

takziah
Quote slyfynx 13-6-2022 10:03 PM
Cube kalau mende2 camni cite betul2
Ni buat lain.
Bg petua lain, pastu semua percaya sbb die dah kurus kan.
Quote anony-mous 13-6-2022 10:38 PM
Kencing manis kah??? Yg laki dia turun berat sblm ni hensem. Ni nmpk tua n sakit. Sblm ni dah herlok
Quote Nizleen86 13-6-2022 10:45 PM
Faizah ni bila aku tengok iv dia dlm utube zarul umbrella tu personaliti dia menarik. Dia tegas & tau apa dia kena buat. Takde acah² lindungan kaabah sampai kiamat. Cakap straight forward je. I like her!
Quote musangbodoh 13-6-2022 10:48 PM
cantik2 anak deme

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041191 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top