Baru-baru ini di Zoo tempatan di bandar Amarillo, Texas, Amerika Syarikat (AS). Ada penampakan seekor makhluk yang pelik sehinggakan semua tidak dapat mengenalpasti jenis makhluk itu. Memetik dari CBS News, pihak berkuasa di Amarillo telah meminta bantuan orang ramai untuk mengenalpasti makhluk aneh itu. Difahamkan, Pengarah Jabatan Taman Dan Rekreasi bandar Amarillo, Michael Kashuba memberitahu bahawa penampakan itu dirakam menerusi CCTV yang menghadap kawasan terbuka taman di luar zoo itu. Tambahan pula, disebabkan tiada sesiapa tahu apakah makhluk pelik di luar zoo itu, mereka terus mendedahkan kepada orang ramai untuk mengenal pastinya. Menjengah di komen, ada yang mengatakan itu mungkin makhluk mitos Chupacabra ataupun Skinwalker, tetapi ada juga mengatakan itu mungkin manusia dalam kostum haiwan. -CARI |
ADVERTISEMENT