CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Dapat Zakat Dan Macam-Macam Bantuan Tapi Tetap Suka Mengemis

13-6-2022 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2664| Komen: 23

Sebuah keluarga terus menjadikan aktiviti mengemis sebagai amalan mereka meskipun telah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Perkara itu terbongkar selepas Skuad Saidina Umar (SSU) LZS terserempak dengan satu keluarga yang sedang giat meminta sedekah di luar perkarangan masjid di negeri ini selepas solat jumaat yang lalu.

LZS dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan semasa kejadian didapati seorang wanita bersama dua anak kecilnya dilihat menghulurkan beg kertas pada setiap jemaah yang lalu dengan tujuan meminta sedekah.

Foto: Kosmo

“Semakan terus dibuat menerusi sistem dan didapati mereka adalah penerima bantuan tetap dari LZS sejak tahun 2015 lagi.


“Keluarga ini disahkan adalah asnaf miskin dan menerima bantuan zakat bagi kewangan bulanan, makanan bulanan, raya tahunan, pendidikan tahunan dan juga beberapa bantuan tunggakan hutang keperluan hidup,” katanya di sini hari ini.

Kata LZS, secara keperluan asas dilihat keluarga ini menerima bantuan yang mencukupi.

Ujarnya, pihaknya kemudiannya melakukan siasatan lanjut dengan menziarah terus ke rumahnya untuk melihat situasi sebenar kehidupan mereka.

“Ketika kunjungan ke rumah mereka didapati suaminya tidak bekerja akibat masalah kesihatan. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah rendah.

“Kebiasaannya dua orang anak akan mengikut ibu mereka setiap jumaat meminta sedekah di masjid-masjid manakala seorang lagi tinggal di rumah untuk menjaga ayahnya,” katanya.

Jelas LZS lagi, sebelum ini mereka pernah ditegur kerana sikap suka meminta sedekah.

“Isu meminta sedekah ini bukan di bawah bidang kuasa kami namun atas tanggungjawab, teguran dilakukan secara baik agar tidak mendatangkan fitnah pada diri, keluarga, masyarakat dan agama.

“Justeru, kami merayu pada orang awam agar menyemak terlebih terlebih dahulu sekiranya menjumpai kes sebegini. Dikhuatiri niat baik kita bersedekah menjadi lubuk buat mereka yang suka mengambil kesempatan,” tegasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-6-2022 03:43 PM
Sesetengah orang tu tabiat lama sukar dibuang
Quote FOTHER-MUCKER 13-6-2022 03:49 PM
Mengemis adalah satu pekerjaan.
Quote anony-mous 13-6-2022 03:49 PM
Baru tau ke? Sbb ramai suka bg duit
Quote dekmieDandy 13-6-2022 04:05 PM
keluar masjid kg baru pun camni

bersusun dari gate sampai jalan tiap kali lepas jumaat

bangsa / agama apa pun tak tahu, solat jumaat kat dalam pun entah dia buat ke tak
Quote merrissa 13-6-2022 04:12 PM
mengemis kan mudah...duduk je...tadah tangan...
Quote SedihPedih 13-6-2022 04:13 PM
benda boleh minta kan..
Quote renko 13-6-2022 04:22 PM
biarlah, tu antara dia dengan tuhan kata si bebal tukang subahat
Quote asamfish 13-6-2022 05:29 PM
Tabiat meminta2 adalah harammmmm....islam tak suka umatnya meminta2.....ini kan bila segala bantuan telah disalurkan...
Quote Lagubestbest 15-6-2022 06:02 PM
macam2 bantuan tu berapa? kalau kumpul2 tak sampai 1K pun sebulan, takyah sembang macam makcik tu dah boleh cuci tangan la.. still makcik tu perlu buat sesuatu.
Quote Lagubestbest 15-6-2022 06:02 PM
macam2 bantuan tu berapa? kalau kumpul2 tak sampai 1K pun sebulan, takyah sembang macam makcik tu dah boleh cuci tangan la.. still makcik tu perlu buat sesuatu.
Quote _kelly 15-6-2022 06:48 PM
Lagubestbest replied at 15-6-2022 06:02 PM
macam2 bantuan tu berapa? kalau kumpul2 tak sampai 1K pun sebulan, takyah sembang macam makcik tu da ...

jadi awak boleh la bagi "sedekah" setiap hari kat makcik tu ye
Quote haruslah 15-6-2022 07:20 PM
Dr 2015. Sampai bila isu nya?
Ade penerima zakat cuba jadi pemberi pula. Ni yg terbaik
Xkn zakat nak tampung keseluruhan belanja hidup harian
Quote addamnor 15-6-2022 07:30 PM
Kufur nya keluarga ini.
Selayaknya dipandang hina dan tidak akan dimudahkan kehidupan kerna suka mengambil kesempatan suka mengemis ngemis mencemarkan nama agama islam
Quote spankee_fili 15-6-2022 07:39 PM
Lagubestbest replied at 15-6-2022 06:02 PM
macam2 bantuan tu berapa? kalau kumpul2 tak sampai 1K pun sebulan, takyah sembang macam makcik tu da ...

Agreed. Dengan husband sakit lagi tu, duit ulang alik spital ubat pampers mahal..
Nak kerja pulak anak nak letak mana?
Tah sapa nak ambik makcik kerja, jadik cleaner kalau gaji 1k bayar baby sitter 2 anak tah rm600
Kalau B40 muda sihat walafiat laki bini tapi mengemis or kerja ‘kutip besi’ yes selayaknya dihencap
Quote ina_na 15-6-2022 07:42 PM
Ade kat FB aku suami dia mmg sakit kronik..semua bantuan dpt..zakat dpt, jkm dpt,bantuan mn tah tuk sewa rumah pun dpt..dgn mcm2 bantuan lg dpt..bl x dpt mula meroyan tu ni..tp duit KWSP x keluar ye uooolllsss..katanya tuk simpanan hari tua.. aku terfikir seronok org mcm ni..nanti dah tua ade KWSP..kita ni
Quote TeropongThaico 15-6-2022 07:47 PM
Suami dia ni sakit apa sampai tak boleh kerja. Tak boleh bangun terus ke? Kalau tak boleh macam mana dia tinggalkan suami tu masa pergi mengemis.
Rasanya pihak2 berwajib sepatutnya dah boleh letakkan limit tempoh untuk beri bantuan. Gesa deols utk keluar bekerja jika masih punya kudrat. Lain la terlantar sakit teruk & perlu jagaan sentiasa. Banyak cara kerja yg boleh bawa anak bersama cuma kena ajar anak behave la...
Quote star_karat 15-6-2022 08:11 PM
Bila orang start mengemis dorang akan terus mengemis. Jammed untuk berubah. Mcm tak boleh berubah. Duit datang kan takda jer. Hidup tu susah memanjang. Apasal ek?
Quote krustykrab 15-6-2022 08:22 PM
Lagubestbest replied at 15-6-2022 06:02 PM
macam2 bantuan tu berapa? kalau kumpul2 tak sampai 1K pun sebulan, takyah sembang macam makcik tu da ...

menerima bantuan zakat bagi kewangan bulanan, makanan bulanan, raya tahunan, pendidikan tahunan dan juga beberapa bantuan tunggakan hutang keperluan hidup

Tu byk gak bantuan dia dpt..takkn nk bg 2k sebulan pulak. Acik ni kna usaha tepi la sikit bg cukup kn keoerluan lain. Asik mintak sedekah je tak ke dh memalukn islam.
Quote jari10 15-6-2022 08:33 PM
_kelly replied at 15-6-2022 06:48 PM
jadi awak boleh la bagi "sedekah" setiap hari kat makcik tu ye

Ada ummah yg menyangkakan bantuan zakat itu meliputi 100% keperluan hidup serba serbi ditanggung.. Please la kann faham dan hadam dulu apa konsep zakat tu sendiri

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045171 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top