CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bainun Paksa Bella Makan Cili Dengan Nasi-"Dia Pegang Dagu Bella Dan Suapkan"

13-6-2022 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1624| Komen: 5

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa dagu remaja perempuan Sindrom Down, Bella dipegang dan dipaksa memakan nasi goreng bercampur cili oleh Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd. Razali di sebuah unit Kondomonium di Wangsa Maju sekitar Mei tahun lalu.


Saksi pendakwaan kelapan yang juga Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, berkata dia melihat sendiri Siti Bainun meletakkan sejumlah cili yang sudah dipotong dengan nisbah cili yang banyak ketika dia berada di meja makan rumah tersebut untuk makan tengah hari.

Foto: Kosmo

“Di antara Siti Bainun dan Bella ada bangku kayu, saya nampak Siti Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi.


“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan suapkan Bella dengan nasi goreng dengan cili. Bella elak tak nak makan tetapi dia paksa Bella makan, saya terkejut kenapa buat Bella macam ini, saya tak cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak ada ‘confront’ (bersemuka) dengan Siti Bainun sebab saya bimbang kalau confront nanti saya tidak pasti reaksi dia,” kata saksi itu.

Sebelum ini, dalam prosiding terdahulu saksi pendakwaan kelima yang juga bekas penghuni rumah kebajikan tersebut, Yasmin Nahar Mahmood, 19, memberitahu mahkamah bahawa Bella diberi makan 20 biji cili selama beberapa kali seminggu oleh Siti Bainun.

Sementara itu, dalam prosiding sama, saksi itu turut memberitahu mahkamah bahawa dia pernah melihat muka Bella mempunyai kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian kanan muka ketika ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.


“Saya ke rumah Bainun pada (13 Jun) sebab Bainun ajak makan ‘King Crab’ untuk ‘Shell Out’. Semasa sampai di rumah pukul 5 petang saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, pakai baju lengan panjang, muka Bella ketakutan ada kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian muka sebelah kanan dan itulah keadaan Bella paling teruk,” kata saksi itu.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad mengapa saksi itu tidak bertanya lebih lanjut tentang apa yang berlaku, (keadaan Bella) Suhana menjawab, bimbang dengan reaksi Bainun akan terhadapnya dan Bella.

“Saya fikir kalau beritahu Bainun dan Bainun tidak suka dengan apa yang saya cakap pada dia, saya bimbang dengan keselamatan Bella dan saya tidak tahu mungkin Bella akan disorokkan kalau saya dah confront (bersemuka) dengan Bainun.

Jelas Suhana lagi, unit kondominium yang didiami oleh Siti Bainun bukan mudah untuk diakses kerana tuan rumah perlu memberikan kod bar (bar code) untuk masuk ke lobi kondominium tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi petang ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-6-2022 03:18 PM
Akak betul2 nak tengok Bainun ni dibuat macam dia buat si Bella. Setakat penjara takkan cukup menginsafkan betina ni.
Quote honeybee1802 13-6-2022 03:24 PM
Dah beberapa org menyebut kekejaman dan kekasaran benon ni...still benon nak suh jkm bukak balik pusat 'perlindungan' dia?
Quote laksmanabentan 13-6-2022 03:38 PM
dua_chzy replied at 13-6-2022 03:18 PM
Akak betul2 nak tengok Bainun ni dibuat macam dia buat si Bella. Setakat penjara takkan cukup mengin ...

tak sempat nak masuk penjara la uoolllsss....
team lawyer mesti da plan cukup2 weeeyy....
Quote Artemesiaa 13-6-2022 03:39 PM
Kejamnya perbuatan
Quote bangcak 13-6-2022 03:50 PM
dua_chzy replied at 13-6-2022 03:18 PM
Akak betul2 nak tengok Bainun ni dibuat macam dia buat si Bella. Setakat penjara takkan cukup mengin ...

jgn risau.
sejurus lepas hakim jatuhkan hukum pada bainun,
kompom bainun akan jatuhkan hukum pada hakim tu.

"hakim ada kepentingan dlm mengendalikan kes"

pastu pesan peguam dari kesultanan london.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039164 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top