CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Azra Masuk Hospital, Pengsan Tengok Pendedahan F ‘Dijanjikan Jadi Isteri Azri’

13-6-2022 01:49 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 15647| Komen: 153|Original author: LilRose

Azri Iskandar menyifatkan dakwaan wanita dikenali sebagai ‘F’ kononnya dijanjikan akan diperisterikan pelakon itu sebagai satu fitnah.


Berikutan pendedahan itu, Azri akan menyaman F dan pihak media yang menyiarkan pendedahannya itu.


"Saya tidak pernah ajak dia (wanita F) kahwin. Saya akan saman dia. Saya hanya ajak Azra Diera seorang saja kahwin lepas saya bercerai bukannya perempuan itu,” jelasnya kepada Harian Metro.



Kredit foto: Google


Tambahnya, pada hari berita mengenai hasratnya ingin menikahi pilihan hatinya iaitu Azra Diera, F datang ke rumahnya untuk mengesahkan cerita berkenaan.


“Saya cakap betul sebab Azra Diera kekasih saya. Kebetulan pada masa itu saya nak keluar sebab ada mesyuarat untuk pementasan teater. Tapi dia masih ada depan rumah. Selepas saya cakap nak panggil polis baru dia pergi," katanya.


Bukan sahaja namanya tercalar dek perbuatan F sehingga namanya digugurkan dari persembahan Teater Tan Sri Elyas, malah ibu kekasihnya itu dimasukkan ke hospital sejak mengetahui mengenai video temu bual pendedahan wanita terbabit.


“Sedangkan mak dan ayah Azra menunggu masa saja saya bawa keluarga berjumpa mereka di Perlis. Mak dan ayah Azra pula sudah berumur 70 tahun lebih," katanya.



Kredit foto: Berita Perak



Bagaimanapun, Azri beruntung Azra tetap setia mencintainya.


“Azra setia dengan saya. Dia tak ambil 'port' pun. Sejarah kami bermula 29 Mei hingga sekarang. Apa yang berlaku sebelum itu kami tak kisah kerana ia cerita lepas," katanya.


Kasihan ibu Azra, kejutan berat kerana menyangkakan Azri ‘ada perempuan lain’ selain anaknya hingga jatuh pengsan dan masuk hospital. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 13-6-2022 02:00 PM
Dah kenapa azra sorok muka mcm iman
Quote sweetgirl 13-6-2022 02:03 PM
Duda ter''HOT'' di pasaran ke camne ni
Quote awex^returns 13-6-2022 02:06 PM
tak rasa dia ni duda berhias pon
serabai, sememeh dan gendut
sedangkan sharnaz yang jaga badan tanam rambut segala pon tak rasa berhias
kesian azra desperate sangat ke nak berlaki tu
Quote epal_putih 13-6-2022 02:11 PM
Ekeke
Episod yg ke 15 ko ni
X zabar nengok ending
Btw kak elli jugak happy2....
Quote Geeayden 13-6-2022 02:15 PM
Azra  mata celik  tapi buta, masih lom dpt menilai lgi..
Quote hungryhenry 13-6-2022 02:17 PM
Ya ampunnn
Quote shiraloveyou 13-6-2022 02:19 PM
Berbulu bijik mata tengok gosip psl azri x abis2....cuba la keluarkan gossip psl merqeen ke, hun hakeem ke, syafi tee ke, sedap skit mata memandang
Quote QueenIsolde 13-6-2022 02:24 PM
Semua pasal azra diera ni really over the top, dari education background, keje esp tang pengarah Muzik pearl jam skang mak jatuh pengsan lak sbb gosip ni
Quote Prickford 13-6-2022 02:35 PM
"Sejarah kami bermula 29 Mei hingga sekarang".

Euwww...kami yg bertiang muda dah heolls ni pon takde nya nak count2 history bagai pastu bagi tahu orang. Euwww

Quote bahagiaselalu 13-6-2022 02:37 PM
dah tua2 tu patutnya kejar amal ibadat bukannya kejar pompuan nak buat isteri
Quote bankerpencen 13-6-2022 02:39 PM
Tiber nak pengsan pulekkkk. Apo drama ni
Quote SANKURIANG 13-6-2022 02:46 PM
Kaya nau ke duda ni? Kalau soeb tu sedap la sikit, muka kureng tp kayo...
Quote bazlina 13-6-2022 02:49 PM
hmmm....macam-macam ..pengsan laaa bagai
Quote Normabaru 13-6-2022 02:50 PM
Fiera dh tunjuk muka..

Diera bila pulakkk
Quote surih07 13-6-2022 03:27 PM
Kalau hasanah la si diera my everything ni, tersenyum sinis acik f
Quote Nham22 13-6-2022 03:32 PM
Ibarat retis bernombor..... Hadap sgt nak kahwin dgn laki org or bekas laki org...
Quote jiwakacau06 13-6-2022 03:36 PM
Edited by jiwakacau06 at 13-6-2022 03:39 PM

ada lg ke warga emas umo 70 nk ikut gosip retis...
kna tendang teater sbb yg sma dipecat leftenan adnan kot...bukan sbb gosip nk kawin xjd
Quote manehnya 13-6-2022 03:53 PM
sendu mcm ni pun ada yg kecoh berebutkan dia...
Quote nolya 13-6-2022 03:57 PM
Ibu Azra haruslah bertenang mendengarkan berita mcm ni dn jgn terlalu terkejut shnga masuk hospital.  Azra belum apa2 dn masih boleh diselamatkan drp tercebur dgn keadaan. Segala berita yg tak menggembirakan masih ada cara untuk mengelakkannya iaitu dgn Azra menjauhi permasalahan yg ada. Do check n balance, mudahan2 ibu Azra cepat sembuh.

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050116 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top