Netflix baru-baru ini telah mengesahkan Squid Game akan kembali dengan musim kedua dan Hwang Dong Hyuk akan kembali sebagai pengarah, pernerbit dan penulis untuk siri itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hwang Dong-Hyuk, ianya mengambil 12 tahun untuk menghidupkan musim pertama "Squid Game" dan beliau berterima kasih kepada penonton yang melihat siri itu. Difahamkan, siri itu yang mendapat 3 pencalonan dari Golden Globe termasuk pelakon veteren O Yeong-Su yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Siri untuk wataknya sebagai Oh il-nam (pemain 001). Tambahan pula, pelakon Lee Jung-Jae akan kembali memegang watak sebagai Seong Gi-Hun (pemain 456) dan ada beberapa pelakon lain juga akan kembali untuk Squid Game musim kedua. -CARI |
ADVERTISEMENT