CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ejai Aziz Menderita Disihir, Anu Panas Macam Dibakar Dari Tengah Malam Sampai Subuh

13-6-2022 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3795| Komen: 20

Komposer dan vokalis Azzara Band, Ejai Aziz mendedahkan dia terpaksa menanggung sakit di bahagian kemaluannya yang berasa panas setiap tengah malam hingga ke pagi selama tiga bulan akibat disihir pada tahun lalu.


Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 35, berkata pengalaman dilaluinya itu amat mengerikan sehingga dia berasa tiada harapan lagi untuk hidup selepas didatangi penyakit misteri berkenaan.


Foto: IG

"Sebenarnya, pada setiap malam selama tiga bulan saya menanggung derita sakit di bahagian kemaluan yang berasa panas tiba-tiba tepat jam 12 tengah malam. Rasa panas itu semakin menjadi-jadi sekitar jam 3 pagi dan 'hilang' apabila azan Subuh.


"Jadi, saya pun ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut menerusi pemeriksaan doktor. Namun, ia membingungkan apabila saya diberitahu oleh doktor yang keputusan pemeriksaan kesihatan amat baik," katanya lagi.



Ejai berkata bukan sekali dia ke hospital, tetapi enam kali membuat pemeriksaan di hospital berbeza bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Namun, semua doktor ditemui masih memaklumkan yang dia memang tiada apa-apa penyakit kronik.

"Saya dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor untuk rehat sepenuhnya. Tetapi, setiap kali tengah malam saja memang kemaluan akan berasa panas tiba-tiba yang menyebabkan tidak boleh tidur.

"Jadi, saya nekad mencuba pula rawatan Islam dengan bertemu dua orang ustaz untuk berubat. Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan berita sedih kerana didakwa sudah terkena sihir," katanya.



Menurut Ejai, dia juga dimaklumkan sihir itu sudah lama ada di dalam badannya, namun hanya disedari pada Mac tahun lalu kerana berat badan semakin susut mendadak, tidur malam terganggu dan kemaluan panas seperti dibakar.

Jelasnya, berat badannya yang pada asal 55 kilogram akhirnya turun sehingga 44 kilogram dan menjadi terlalu kurus. Begitu juga, dengan selera makan dan minum yang terganggu teruk.



Ditanya mengenai kesihatannya kini selepas berubat secara rawatan Islam, Ejai yang juga bapa dua anak berkata dia masih dalam proses pemulihan untuk sembuh. Katanya, dia masih memerlukan masa untuk kembali sihat sepenuhnya semula.

"Apapun, segala yang berlaku ini ujian buat saya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Begitu juga, pada waktu sama saya tidak akan terlalu berkongsi perihal peribadi di media sosial melainkan urusan kerja sahaja," katanya.



Kini, Ejai yang semakin aktif dalam penghasilan lagu buat rakaman kumpulannya termasuk karya untuk dinyanyikan penyanyi lain, memaklumkan dia sangat bersyukur rezeki dalam kerjaya seni tidak putus. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 13-6-2022 12:46 PM
muka level mcm ni pun ada yg sihir ya?? ayooooo
Quote fair_iza 13-6-2022 12:52 PM
Suka mencirit merata2 kut
Quote mamajawie 13-6-2022 12:54 PM
suka main ayam lorong x pkai kondom sebab tu anu panas melecet dek...tah2 kena clamydia (eh betul ke aku eja ni?)
Quote prince_marhaen 13-6-2022 12:59 PM
musim artis sihir pulak ye selepas artis depression & anxiety...tapi kau artis terkenal ke dik? ke suka mencelop sambil berjanji?
Quote PinkyPie 13-6-2022 01:40 PM
Yeast infection kot
Quote laksmanabentan 13-6-2022 01:43 PM
salah celupp kottt tu yang panas...
hihihi....
Quote irsa 13-6-2022 01:44 PM
X kenal siapa dia nie?
Quote encikWawad 13-6-2022 01:54 PM
kalau panas panas kat bebird tu -sipilis dekkkkk
makan antibiotik je sehat la nanti
mencelop al dubri pakai cikdom pasni
Quote dekmieDandy 13-6-2022 02:36 PM
yo'oooo je sihir

entah-entah chlamydia
Quote bulalof 13-6-2022 03:04 PM
solatlah dik.
Quote pembacagosip 13-6-2022 04:58 PM
ngantuknya gosip ni
Quote anony-mous 13-6-2022 05:05 PM
Ni bkn sbb org dengki, tp sbb dendam kot. Sbb famous x, hensem lg la jauh. Agknya jenis perasan hensem tp suka main2 kan prempuan?
Quote selipar_hijau 13-6-2022 05:17 PM
Lepas menari depan mahkamah syariah tu baru berasa panas ke mcm mana tu?
Quote Mary_jane 13-6-2022 05:28 PM
Patut lah pakai spek kulur kilir. Kalau tak pakai, haus ya. Dah terjaga tengah2 malam tu, bawa2 lah tahajud ke apa. Minta Allah swt sembuhkan.
Quote LelaMenchanai 13-6-2022 06:20 PM
Ew sounds like STD
Quote gideoncross 13-6-2022 07:48 PM
kiah_mai_pulak replied at 13-6-2022 12:46 PM
muka level mcm ni pun ada yg sihir ya?? ayooooo

Mnusia klau dh btul2 jahat, setan pun x ngaku kwn.
Quote nakkomenjugak 13-6-2022 09:38 PM
Pakai kondom flavor ramen berapi ke apa
Quote virgo19 13-6-2022 09:59 PM
Sapa pulak la si ejai ni.. tetiber keluar cerita pasal anu dia panas
Quote slyfynx 13-6-2022 10:05 PM
Ke STD ni?
Ce mende camni simpan utk diri sendiri.
Jadah gi bukak pekung kat orang?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.080147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top