CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Biasa Punyalah Susah, Senangnya Artis Ambil Anak Angkat- Guna Duit Pemudah Cara Ke?

13-6-2022 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2829| Komen: 18

Isu ambil anak angkat hangat dibincangkan dalam media sosial lebih-lebih lagi selepas wujud nama-nama terkenal yang berkongsi cerita di laman sosial.

Ramai yang mempersoalkan, kenapa mudah golongan ini ambil anak angkat sedangkan permohonan yang dibuat terlalu banyak dan prosesnya juga bukan mudah.

Ada juga yang melempar dakwaan, mengaitkan kekayaan dan wang ringgit sebagai “pemudah cara”. Apa juga tuduhan, setakat ini belum dibuktikan. Ikuti kupasan Hangat Seminggu kali ini. Mudahnya ambil anak angkat!


Foto: Utusan Online

Tolong pandang serius urusan prosedur anak angkat – Hafiz Hamidun


Bagi Hafiz, mana-mana individu tidak cuma golongan artis atau selebriti, jika berhasrat untuk mengambil anak angkat, perkara pertama yang harus dipandang serius adalah penetapan prosedur daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kata Hafiz, perkara ini penting bagi tujuan dokumentasi dan selagi urusan itu dilakukan dengan mengikut syarat-syarat ditetapkan, seharusnya tidak perlu risau akan masalah atau timbulnya pandangan susah untuk mengambil anak angkat.

“Pertamanya kena tahu niat kita mengambil anak angkat dan dalam masa sama, ikut prosedur dari JKM. Kalau ikut semua itu kita akan rasa mudah dan selesa dengan prosesnya. Ini pengalaman saya selama dua tahun ini dalam proses mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap Hamdee.

“Cukup dua tahun jaga Hamdee, saya kena hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi sesi temu bual dengan pegawai sebelum dapat sijil. Siapa yang rasa susah itu, mungkin ada antara syarat yang dia tidak dapat penuhi atau dokumen tidak lengkap.

“Tambah lagi untuk urusan seperti ini, kita kena pandang serius. Jangan ikut trend, orang lain nak ambil anak angkat, kita pun nak. Tapi diri sendiri tak buat kajian atau belajar,”katanya.

Selain itu, kata Hafiz, dia juga sedar tak semua orang memperoleh anak angkat itu dengan cara yang sama kerana ia berbalik kepada ketentutan rezeki.

“Saya pun pernah keluarkan kenyataan ini dalam satu program TV sebelum ini. Ada orang jumpa anak, ada orang susah cari dia untuk bagi anak, ada yang kena beratur di JKM, ada juga yang jaga anak angkat itu kerana ada pasangan sudah terlanjur.

“Janganlah pula anggap senangnya selebriti ini dapat anak angkat bila-bila mereka nak. Tapi harus saya akui, kebanyakan selebriti ini suka berkongsi di media sosial.

“Saya masa awal-awal jaga Hamdee, tak kongsikan dulu. Kita kena faham, selagi boleh menjaga sensitiviti itu, kita jagalah.

“Satu lagi tentang isu anak angkat ini, kita sendiri kena bersedia daripada pelbagai sudut.


Sedia galas tanggungjawab – Sufian Suhaimi

Naluri kebapaan penyanyi Sufian Suhaimi nyata terserlah bila dia bersama anak angkatnya, Faeq Razeeq yang kini sudah berusia empat tahun.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Matamu itu memberitahu, tiada masalah andai mana-mana pihak mahu mempunyai anak angkat jika sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab.

Dilayangkan dengan pertanyaan mempunyai anak angkat kerana jodoh perkahwinan masih belum menyapa dirinya, Sufian tidak teragak-agak menjawab soalan yang diajukan.

“Boleh jadi juga… rasanya memang naluri seorang manusia itu mahukan adanya pewaris.

“Kadang-kadang rezeki tidak semestinya dalam bentuk jodoh. Motivasi untuk berkeluarga itu kadang-kadang ada tetapi, perkahwinan bukanlah jawapannya.

“Jadi, anak angkat antara cara untuk memenuhi keinginan sebagai seorang manusia. Kalau sudah bersedia dan galas tanggungjawab kenapa tidak?” ujarnya orang dewasa pun mahukan rasa kasih sayang daripada kanak-kanak.

Seperti yang sedia maklum, Faeq menjadi anak angkat kepada Sufian sejak 2019 atas persetujuan bersama rakan baik yang sudah dikenali sejak di bangku sekolah lagi. Malah, kedua belah keluarga saling mengenali.

Berkongsi perubahan yang dialami sebagai seorang bapa, katanya, hidup kini lebih bertujuan.

“Bila bangun setiap hari, saya tidak memikirkan tentang diri sendiri sahaja, namun ada orang yang saya jaga.

“Alhamdulillah sejak adanya Faeq, rutin lebih teratur. Kalau dulu, buat apa saja yang saya nak buat,” kongsinya.


Saya berurusan terus dengan ibu bapa – Ahmad Iqbal Zulkefli

Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli menepis dakwaan yang mengatakan dia menggunakan kekayaan untuk mendapatkan anak angkat.

Jelas Iqbal, dia berurusan terus dengan ibu bapa anak tersebut dan mendapatkan persetujuan untuk meletakkan bayi berusia 40 hari itu di bawah jagaannya.

Jadi, katanya, tidak timbul isu guna wang untuk dapatkan anak angkat dari Jabatan Kebajikan. Tegasnya, perkara itu tidak berlaku.

“Mereka bukan orang senang. Jadi sebelum ini saya bantu, beli susu dan jaga kebajikan anak itu.

“Buat masa ini, saya tak kata anak ini akan jadi anak saya. Tapi, mungkin satu hari nanti, saya akan buat.

“Kalau orang persoalkan kenapa mudah saya dapat anak angkat, sekarang mereka tahu. Kes saya lain. Saya bukan berurusan dengan Jabatan Kebajikan,” katanya.

Iqbal juga menafikan, dia menggunakan ribuan ringgit untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa kandung anak angkatnya itu.

“Saya tak pernah beri wang sekelepuk untuk ambil anak itu. Kalau ada yang ingat saya bagi duit ribu-ribu dekat ibu bapa kandungnya, itu tidak benar.

“Adalah saya beli barang keperluan. Bagi sumbangan untuk ringankan beban mereka. Itu sahaja,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 13-6-2022 12:44 PM
amik kat rumah bondeh ke?ehehhehehhe
Quote prettyuglybabe 13-6-2022 12:51 PM
usah lah abang membuang waktu.. mari menuju ke rumah bonda..
Quote mamajawie 13-6-2022 12:52 PM
btw baby yg si bebal amik tu cam baru sangat lepas bersalin plus nmpak fragile gila?
Quote laksmanabentan 13-6-2022 01:21 PM
mamajawie replied at 13-6-2022 12:52 PM
btw baby yg si bebal amik tu cam baru sangat lepas bersalin plus nmpak fragile gila?

haah baru bersalin langsung di ambil tu...
Quote KBW2 13-6-2022 02:38 PM
Aku risau lelaki2 single ambil anak angkat, ada yang diragui status lemari mereka.

Yang iqbal tu lagilah budak tu kecik sangatlagi masih perlu susu ibu kot, pebenda ni manusia kemain gila asal boleh jadi content socmed ke?
Quote KBW2 13-6-2022 02:38 PM
Aku risau lelaki2 single ambil anak angkat, ada yang diragui status lemari mereka.

Yang iqbal tu lagilah budak tu kecik sangatlagi masih perlu susu ibu kot, pebenda ni manusia kemain gila asal boleh jadi content socmed ke?
Quote prince_marhaen 13-6-2022 02:42 PM
yang macam HH, Hael, SS ni meols macam yakin sikit terbela anak tu...walaupun status lemari sangat mencurigakan.... tapi yang si bebal lembam tu obviously nak attention & pergunakan baby, macam baby foreigner je tu.... hulur duit 2-3 ribu pun boleh amik dah...terdesak kan selalunya..tka pun pinjam buat content...dah besar sikit nnt drama lah tarik tali dengan keluarga kandung..
Quote nakkomenjugak 13-6-2022 09:39 PM
Kannnnnnnn
Macam senang gila
Kabel apa pakai
Quote sunshinelady 14-6-2022 06:10 PM
ye sebab diorang nak tgk mampu ke tak sediakan segala kemudahan utk anak angkat tu.
such as: food, pakaian & self care, health care, tempat tinggal, education, spiritual, security & safety, sapa nak jaga while they are at work.
i know this coz i work in healthcare tapi overseas la. not only that, mak pak angkat kena go through police check &. health check etc semua tu. sebab nak screen if ada crimes ke esp yg involve sex & child abuse. if ada severe chronic illness mcm end stage renal failure & have to go thru dialysis 3,4 kali every week, pas tu masa pun limited nak jaga diri sendiri or orang lain yg sakit ke, these potential anak angkat ada risks terbiar/ being abused too.
if takde duit, tak boleh penuhi semua list ni.

unless, anak angkat yg dimohon tu ada blood relation dengan pemohon & deemed safe for the child to go to them. sebab mak bapak sebenar tak mampu, ada masalah forensic, etc semua tu.
Quote newyork 14-6-2022 06:13 PM
Bagi anak angkat jkm pollow tak? Kdg2 kalau salah jadi child grooming.. ( tgk cerita mat saleh byk sgt)
Quote sharlenetexas 14-6-2022 09:23 PM
Bukan ke el tapak sulaiman pernah terkait dengan benon gemok?


Quote .HannahMontana. 21-6-2022 04:43 AM
Secara peribadi Diknah rasa apabila lelaki bujang  ambil anak angkat bela memang lahabau

sebab lelaki bujang normal ni memang susahlah nak ambil bela anak angkat mcm itu kecuali dia sanggup bela demi nak tutup kelemahan diri dia atau nak sembunyikan aktiviti memondan dia daripada pengetahuan keluarga dan rakan-rakan.

JKM tu boleh pula benarkan perkara mcm ini

pondan , darai xlayak bela anak angkat

Malaysia ni dah jahannam di tangan ahli-ahli politik  habisss semua sudit kehidupan jadi melingkuppp

kesian rakyat Malaysia  hanya mampu melihat sahaja keadaan ini.
Quote katak hijau 21-6-2022 05:18 AM
.HannahMontana. replied at 21-6-2022 04:43 AM
Secara peribadi Diknah rasa apabila lelaki bujang  ambil anak angkat bela memang lahabau

sebab lela ...

Betul..org single mmg susah nak angkat anak esp lelaki. Diorang ni boleh pulak
Quote .HannahMontana. 21-6-2022 05:22 AM
katak hijau replied at 21-6-2022 05:18 AM
Betul..org single mmg susah nak angkat anak esp lelaki. Diorang ni boleh pulak



rasuah kuat

nak buat apa sangatlah dengan anak angkat itu kannnnnnnnnn

mcm dah xminat dengan perempuan .

uhmmmmmmmmmmmm
Quote katak hijau 21-6-2022 08:31 AM
.HannahMontana. replied at 21-6-2022 05:22 AM
rasuah kuat

nak buat apa sangatlah dengan anak angkat itu kannnnnnnnnn

Obviously. Mmg patut kena tinggal dgn pompuan
Quote addamnor 21-6-2022 08:38 AM
Jadah apa yang single nak ambil anak angkat bagai. Kids need both father and mother to grow up optimally. Deprivation on any side father or mother will scar the emotion @ psychological development. Cuba tanya forumer yang membesar tanpa ayah atau ibu, @ membesar dgn ibu atau ayah biawak, bagaimana psychology mereka, terganggu bukan?
Quote addamnor 21-6-2022 08:41 AM
Bila JKN nak rampas balik anak2 sajat tu? Ni dah sah sah mak nya menipu konon nak adopt tapi bagi anak pada pondan hilang pedoman jaga kanak2. Menyiksa mental kanak2 shj nak membesar kena ejek kena pandang hina oleh masyarakat.
JKN pun bimbo.
Quote addamnor 21-6-2022 08:42 AM
.HannahMontana. replied at 21-6-2022 04:43 AM
Secara peribadi Diknah rasa apabila lelaki bujang  ambil anak angkat bela memang lahabau

sebab lela ...

Amboi chuols.. berkualiti sangat komen chuols.. kalau tak duk menyembur mencerca kiri kanan depan belakang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049569 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top