CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ezad Lazim Kecewa Penyanyi Lama Hanya Dapat Bayaran 'Ciput'

13-6-2022 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 915| Komen: 3

Terkilan dengan sikap segelintir penganjur yang membayar artis dengan harga rendah, penyanyi Ezad Lazim meminta pihak tersebut lebih peka dalam nilai seseorang penyanyi.


Meskipun bersikap lfleksibel, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, bagaimanapun berharap isu seperti itu tidak sepatutnya timbul apabila ia melibatkan artis yang sudah lama mencipta nama.


Foto:mStar

“Ada juga baca cerita tentang kawan-kawan yang menerima bayaran rendah dan minta nyanyi sehingga lima buah lagu. Mungkin orang boleh katakan itu adalah rezeki dan sepatutnya terima sahaja.

“Bagaimanapun sebagai penganjur mereka perlu nilai dengan betul seseorang artis itu. Ini adalah kerjaya kami dan ada yang sudah lama terlibat dalam industri. Kenapa sesetengah artis boleh dibayar mahal sedangkan yang lain harga murah?

“Ada juga saya menerima tawaran menyanyi dengan harga hanya ratusan ringgit. Bagi saya ia bergantung kepada situasi. Saya amat fleksibel kerana kadang-kala yang memberi tawaran adalah rakan-rakan sendiri.

“Jika ia tidak menganggu jadual dan tidak menyusahkan, saya akan terima,” katanya kepada mStar.

Bekas vokalis kumpulan Exist ini ditemui ketika majlis Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 pada Sabtu lalu bertempat di Hotel Bangi Resort.

Bercakap tentang undangan dalam majlis amal sebegitu, Ezad akui sebagai penyanyi ada ketika mereka perlu menerima tawaran dengan bayaran rendah dengan niat untuk melakukan amal.

“Sebagai seorang penyanyi ada masanya kita juga perlu ‘memberi’. Jadi saya tidak ada masalah untuk terlibat dengan acara amal sebegini jika menerima undangan yang kena dengan jadual saya.

“Tidak perlu mengharapkan pulangan besar apabila terlibat dengan acara amal sebegini,” ujarnya.

Bercakap tentang perjalanan seni bersama kumpulan Exist sebelum ini, Ezad mendedahkan mereka pernah berselisih faham sehingga menjadi punca perpecahan kumpulan tersebut.

Bagaimanapun kematangan usia membuat mereka semua menolak tepi segala sengketa lama dan kini lebih memikirkan perkembangan kerjaya seni masing-masing.

Justeru itu, Konsert Reunion Exist yang pernah diadakan pada tahun 2019 sebelum ini menjadi platform terbaik untuk mereka mengekalkan nama masing-masing dalam industri seni.

“Dahulu hubungan kami memang tidak baik dan itu juga menjadi punca perpecahan. Sekarang usia semua sudah meningkat dan matang. Lupakan segala apa yang berlaku sebelum ini. Kalau nak ikutkan ego sampai bila-bila akan bergaduh.

“Exist telah menjadi satu branding yang kuat. Walaupun sudah tidak bersama, masih ramai yang tahu sejarah kumpulan ini. Jadi konsert sebelum ini adalah jalan terbaik supaya peminat tahu setiap anggota Exist dan kerjaya mereka dalam industri seni ini,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 13-6-2022 12:24 PM
brp ciput kau punya ciput tu
Quote hyie 13-6-2022 02:25 PM
iols berpendapat, kalau heols sendiri yang jadi penganjur, iols tak rasa heols akan bayar bayaran lebih mahal untul penyanyi senior level heols, berbanding artis baru yang banyak lagu hits terkini. Dia tengok event tu jugak la fokus kat crowd yang macam mana. It's all about business, Ezad. Sebagai penyanyi senior, kena peka dengan perubahan selera muzik semasa dan kena ikut perubahan tu untuk kekal relevan dan barulah boleh demand harga jika berkelayakan.
Quote wirazam 13-6-2022 04:22 PM
Edited by wirazam at 13-6-2022 04:23 PM

Kalau X nak ambik job..then diam je dan tolak je...
Biar bbnu yg perlukan duit ni ambik job tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.072945 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top