CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Budak Lelaki Raba, Cium Punggung Penunggang Motor Di Jalan Raya

13-6-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1946| Komen: 2

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan tindakan dua budak lelaki meraba dan mencium punggung seorang wanita yang sedang menunggang motosikal, lapor laman berita Detik.


Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @sedulur_solo.

Rakaman memaparkan penunggang wanita itu sedang berhenti di jalan raya semasa lampu isyarat bertukar merah. 


Foto: Fakta Bandung

Dua kanak-kanak lelaki kemudian dilihat bermain-main berhampirannya. 

Wanita yang membonceng di belakang diganggu oleh budak lelaki itu apabila seorang daripada mereka menyentuh punggungnya,  manakala yang lain menciumnya. 


Kejadian dikatakan berlaku di simpang jalan Pasirkaliki-Sukajadi, Bandung.

Setelah video tersebut tular di media sosial, Unit Polis Perkhidmatan Awam Bandung pergi ke lokasi kejadian tetapi tidak menemui dua kanak-kanak itu. Bagaimanapun, polis memanggil penjaga mereka untuk disoal siasat keesokan harinya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau saya sudah terajang budak lelaki itu,” tulis seorang netizen.

“Kalau aku jadi kakak itu, sudah pukul mereka,” komen netizen lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 13-6-2022 10:43 AM
fetish pungkok ke ni
Quote saviour_09 13-6-2022 11:51 AM
kaki ke muka je obat dia

budak tak budak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.131660 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top