CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dikecam Tindik Telinga Bayi Baru Lahir 2 Hari

13-6-2022 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1631| Komen: 14

LONDON – Seorang wanita mempertahankan tindakan menindik telinga bayinya yang baru berusia dua hari, lapor akhbar Daily Star.

Wanita dari Colombia itu menjadi tular selepas berkongsi video bayinya yang comel dalam akaun TikTok @laraticaofficial.

Perbezaan ketara pada bayi bernama Lara itu adalah dia dipakaikan anting-anting perak berbentuk bunga ketika dibalut dengan selimut hospital.


Foto: Daily Star

Empat bulan kemudian, bayi itu masih memakai anting-an­ting tersebut. Wanita itu juga tetap mempertahankan keputusan menindik telinga anak perempuannya.


Dia berkata, pakar neonatal di hospital itu telah menindik telinga Lara. 

“Ketika bayi berusia dua atau tiga hari, mereka tidak berasa sakit seperti bayi pada usia satu atau dua tahun,” katanya.

Wanita itu mendakwa bahawa bayinya tidak bertindak balas terhadap tindikan tersebut dan berkata, cuping telinga bayi adalah lebih lembut.

Topik berkenaan menimbulkan kontroversi di Britain. Bagaimanapun, aktiviti menindik telinga bayi adalah amalan biasa di seluruh dunia.

“Ia adalah tradisi. Di Romania, mereka menindik telinga kanak-kanak di hospital,” tulis seorang netizen. 

“Saya gembira tidak dipaksa untuk menindik telinga semasa bayi. Ia sepatutnya menjadi pi­lihan kanak-kanak itu,” komen pengguna lain. 

Dalam pada itu, menurut laman web kesihatan WebMD, jika kanak-kanak bawah tiga bulan mengalami jangkitan dan demam akibat menindik telinga, mereka perlu dimasukkan ke hospital. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 13-6-2022 11:42 AM
Comeyyy betui!!!!
I suka gak pakaikn young girls dgn subang.
Quote darkness 13-6-2022 11:45 AM
Awal sangat pakaikan baby aksesories ni...sy taklah kemaruk nak tindik telinga anak..
Quote umbut 13-6-2022 12:36 PM
Org zaman dulu baby2 dah tindik termasuk aku. Kecik2 dah beranting2 aku. Zaman sekarang mostly bbnu hijabista tak nampak telinga
Quote Artemesiaa 13-6-2022 12:56 PM
Lantak ler anak dia nak tindik awal ketidak lagi pun dia buat dispital bukan kedai tepi jalan
Quote buapakperut 13-6-2022 02:05 PM
Muka anaknya mmg gitu ke atau pakai filter tu
Quote musangbodoh 13-6-2022 02:45 PM
alololooo comeiiiii......
Quote FOTHER-MUCKER 13-6-2022 02:57 PM
Anak lelaki selepas 2-3 hari pun di sunatkan, ini tindik tak ada lah teruk sangat.

Quote jazaa100 13-6-2022 03:01 PM
Mcm jawa....

Aku memang pangkah klu tgok bebudak kecik bertindik....sebijik mcm bangsa trisna friska
Quote Decaffeinated 13-6-2022 03:29 PM
jazaa100 replied at 13-6-2022 03:01 PM
Mcm jawa....

Aku memang pangkah klu tgok bebudak kecik bertindik....sebijik mcm bangsa trisna frisk ...

Include rantai dan gelang sekali. Hilang comel nampak semak.
Quote malaygirl 13-6-2022 08:12 PM
Comel pulak baby kecik tu bertindik. Dengan anting2 bentuk bunga gitu. Kiut! But anak girl meols umur dah 5 yo tak kuasa nak tindik kan.
Quote mijot 16-6-2022 09:30 AM
kt mesia pun sama..
ramai jer mak2 yg tindik telinga anak..
siap pakej pakaikan rantai dgn gelang lg...
Quote capiloton 16-6-2022 02:37 PM
woi editor, kau mesti pompuan kan.

sebab pompuan jer suka kisah2 picisan macam nih
Quote cmf_DetConan 16-6-2022 03:50 PM
mijot replied at 16-6-2022 09:30 AM
kt mesia pun sama..
ramai jer mak2 yg tindik telinga anak..
siap pakej pakaikan rantai dgn gelang lg ...

iyee..mcm anak sedare iolss belah suami..setahun lebih, anting2,rantai,cincin,gelang complete..anak aku ape pon xpakai huhu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036156 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top