CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hand Sanitizer Makin Tak Laku, Hanya Dilonggok Dan Dijual Murah

13-6-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4287| Komen: 55

SHAH ALAM – Permintaan terhadap pembersih tangan atau hand sanitizer untuk membasmi virus dan kuman termasuk Co­vid-19 semakin berkurangan sehingga menyebabkan beberapa peniaga dilihat menurun­kan harga jualan sehingga RM5 sebotol.


Penurunan harga itu dikesan selepas kerajaan banyak melonggarkan prosedur operasi stan­dard kawalan jangkitan Covid-19 dan negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik pada April lalu.

Tinjauan Kosmo! di beberapa farmasi di sini semalam mendapati, terdapat lambakan stok pembersih tangan di rak jualan dan ditawarkan pada harga ha­nya RM24 untuk saiz 500 mili­liter (ml) berbanding sekitar RM29 sebelum ini.


Gambar Hiasan


Seorang pembantu farmasi yang hanya ingin dikenali sebagai Maria, 33, berkata, jualan produk pembersih tangan merosot teruk sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Sekarang memang jarang sangat pelanggan beli pembersih tangan dan pemilik farmasi pun sudah tidak mahu menambah stok kerana takut berlaku lebihan bekalan.

“Kalau sebelum ini kami menjual pembersih tangan 500ml pada harga RM29, sekarang ia ditawarkan pada RM25,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi petugas farmasi, Alesha, 21, berkata, penurunan harga terpaksa dibuat selepas permintaan merosot dan pelanggannya semakin kurang menggunakan pembersih tangan berbanding enam bulan lalu, ketika negara masih berada dalam fasa pandemik.

“Di premis kami masih banyak bekalan pembersih tangan. Kalau dahulu stok barangan ini di­letakkan di rak, sekarang ia dile­takkan di kaunter atau dilonggok untuk dijual pada harga murah.

“Pembersih tangan yang masih terjual sekarang hanyalah yang bersaiz kecil, iaitu 50ml atau 80ml untuk tujuan kegunaan sendiri.

“Harganya juga jatuh daripada RM7 kepada RM5 sebotol,” ujarnya.

Seorang pekerja farmasi di Kuala Lumpur, Syuhada Ibrahim, 26, pula memberitahu, pembersih tangan bersaiz 50ml meng­alami penurunan harga antara RM1 dan RM3, manakala bagi sesetengah jenama, ia turun antara RM2 hingga RM5 sebotol untuk saiz 100ml.

Sementara itu, seorang pembantu farmasi, Aida Mahamat, 31, berkata, farmasi tempatnya be­kerja kini tidak lagi mengambil bekalan baharu untuk pembersih tangan bagi mengelakkan berlakunya timbunan stok.

“Kami akan habiskan bekalan yang sedia ada terlebih dahulu sebelum membuat pesanan baharu bagi mengelakkan masalah kerugian.

“Bagaimanapun, sekiranya dibandingkan dengan jualan pelitup muka, produk pembersih tangan ini dikira masih lagi mendapat permintaan pengguna meskipun tidaklah sehebat dahulu,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 13-6-2022 10:13 AM
Zaman depa dok deraih biat duit ritu dah tak dak dahhhh. Lepaih lama dahhhh. Zaman la orang dok leka lupa pa suma dahhhh. Kobid2 panamaaaa. Dok salam elok ja kot merata balik ghumah tak dak dok kena pa pon. Tak dak demam ka sakit tekaka ka hilang bau ka pa ka tak dak dah. Dok nak pakai sanitize pa jadah lagi depa kataaa
Quote airmineral 13-6-2022 11:27 AM
iols lagi suka bawa gel sabun dlm botol kecik sng nk basuh tgn dan mmg prefer basuh tgn dgn air
Quote Samerosie 13-6-2022 11:30 AM
So far Iols sefamily still amalkan so harga turun is good news to us lah.
Quote prince_marhaen 13-6-2022 11:44 AM
ada je pakai & beli secara regular...tapi kat online shop or order sekali pukal kat shopee/lazada... lagi murah... dah farmasi semua jual harga firaun...hujung2 kilang sama..
Quote dekmieDandy 13-6-2022 11:49 AM
iolls pon dok restock ni

tapi suka pakai yg mr diy bau rose tu. lately ni suka anything bau rose pulak
Quote saviour_09 13-6-2022 11:53 AM
iols pakai & beli je lagi

kita bukan tau nate gapo kita pegang merata2 tu

lagi2 monkey pox tgh mendonia ni
Quote asfaz 13-6-2022 12:05 PM
Ai Masih guna lagi.bagusla dah turun harga
Selalunya kalau pergi pasaraya ai guna yg jenis spray,tuk spray trolley. Masih ada perasaan risau . Aritu masa raya ai elak jugak org nak salam tp org tua kan bukan takat Salam,dicium pipi pulak
Lekas lekas spray tangan basuh muka
Quote Rynaf 13-6-2022 12:15 PM
Iols masih pakai & beli. Baguslah turun harga. Zaman covid mendunia, harga 1 botol kecil pon dah taraf firaun.
Quote Artemesiaa 13-6-2022 12:16 PM
Ramai yang tak suka guna sebab melekit dia orang lebih suka basuh tangan dengan sabun
Quote any42 13-6-2022 12:19 PM
I msih lg guna. Bgus la dh turun hrga. jimat duittt. hihi
Quote Dwdrum 13-6-2022 12:19 PM
I collect saja hand sanitizer buat firestarter
Quote namieamuro 13-6-2022 12:23 PM
bagus la berlambak dan turun harge. i borong buat stock. setakat ni masih rse janggal kalau takde mask dgn sanitizer
Quote _kelly 13-6-2022 12:44 PM
masih simpan di setiap beg..beli yang mini2 tu kan senang..dalam kereta pon ada tapi orang kata tak elok letak dalam kereta
Quote 3480 13-6-2022 12:45 PM
Br smlm anak aku beli kt Watson. Antibax
Quote xtinkerbellx 13-6-2022 12:46 PM
Iols tak pakai da. Tapi ade je dlm bag bila kuar.
Quote alieyrina 13-6-2022 01:09 PM
Aku jarang guna benda ni even masa pandemik.
Tp sabun memang dlm bag bawak ke mana2 dr dulu lagi
Quote krustykrab 13-6-2022 01:22 PM
Elok face mask pun menjunam mcm ni..padan muka yg duk.juai mahal2
Buat apa dh gomen duk paksa2 orgberfm lagi.
Quote edayildiz 13-6-2022 01:31 PM
i dh lama xbeli sbb guna sikit jer skrg..xhbs hbs lg..kalau x selalu hbs..yela pgg krts sehelai..pakai sanitizer..pgg dokumen pakai sanitizer..
lgpun covid dah xfemes mcm dlu
so far i xkena lg.mitk jauh..dorg ckp i spesis rare sbb i sorg je yg blm kena kt ofis..
Alhamdulilah..semoga xkena sampai bila bila
Quote pooh~key 13-6-2022 01:33 PM
Weols satu family dah pernah kena covid dekkk…. Natijahnya, weols masih tak pedulik sis. Covid what, dekkk? Ada akak kesah nak ber face mask hand pukitizer apa jadah sis?

To those authorities yang nak takut2kan weols, sila create virus yang lebih deadlier kat lab nun yach sis. Setakat covid 19, kau nak buat lawak apa sis?

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046424 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top