CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh, Kerat , Masak Dan Makan Otak Teman Wanita

13-6-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1106| Komen: 10

WASHINGTON – Peguam di Amerika Syarikat mewakili seorang lelaki yang didakwa atas kesalahan membunuh bekas teman wanitanya menyatakan bahawa anak guamnya tidak wajar dipenjara seumur hidup kerana mengalami sakit mental, lapor akhbar Daily Star.


Pada September 2020, panel juri mengesyorkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol terhadap tertuduh, Joseph Oberhansley, 41, selepas dia didapati bersalah membunuh bekas teman wanitanya, Tammy Jo Blanton pada 2014.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Oberhansley pada minggu lalu mengemukakan rayuan supaya hukuman itu digugurkan. 


Oberhansley membunuh dan memakan otak teman wanitanya, Tammy Jo Blanton. Foto: Daily Record


Mereka mengemukakan alasan bahawa defendan mengalami sakit mental yang teruk.

Polis berkata, Oberhansley memecah masuk ke dalam rumah Blanton di selatan Indiana sebelum membunuh, mengerat dan memakan bahagian badan dan otak mangsa.

Pendakwa raya, Jeremy Mull sebelum ini memaklumkan bahawa pakar-pakar perubatan telah menilai kesihatan mental Oberhansley dan mengisytiharkan dia ‘layak untuk menghadapi perbicaraan’.

Polis berkata, Oberhansley mengaku membunuh Blanton dan memberitahu bahawa dia juga memasak otak mangsa lalu memakannya.

Semasa pembicaraannya, Oberhansley telah meminta untuk dikenakan hukuman mati.

“Saya sangat penat berurusan dengan semua perkara ini dan dikurung dalam sangkar ini. Saya hanya mahu dihukum mati,” kata lelaki itu.

Sebelum ditangkap dalam kes pembunuhan Blanton, Oberhansley telah dibebaskan dengan parol kerana membunuh teman wanitanya, Sabrina Elder yang berusia 17 tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 13-6-2022 10:14 AM
Rasa pa otak ? Jelly ? Boh gula sikit
Quote Samerosie 13-6-2022 10:15 AM
Kau dah kenapa gila?
Quote margo20 13-6-2022 10:48 AM
hmmm taknak taknakk
Quote mejaputih 13-6-2022 10:54 AM
Dah gila tu nk simpan lg ke? Nnt dia makan org lain lak.
Quote RinIna 13-6-2022 11:00 AM
Dia mintak hukum mati.. bagi jelah..
Quote ainonymous 13-6-2022 02:56 PM
selayaknya dihukum mati yach. hidup nnt kang makan otak org lain
Quote syamzana 13-6-2022 03:09 PM
dah pernah membunuh sebelum ni, siap dpt parol lagi natijahnya sorg lg wanita dibunuh pakej jadi santapan
blh ke bagi hukuman yg pesalah mintak?
mesti ngo pertikai sbb dia mental minta yg bukan2.
Quote shernazz 13-6-2022 03:17 PM
Mak aih
Iols terbayang otak lembu masak lemak
Quote Flake123 13-6-2022 03:19 PM
Dia ni zombie kut
Quote Dwdrum 13-6-2022 03:27 PM
Apa salah Ex gf sehingga di bunuh dan di makan... Dia sendiri tidak mahu hidup... Toxic relationship better lari saja dari stay...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.086029 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top