CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Susah Kencing, Atuk Sumbat Sendiri Wayar Tapi Tersangkut Di Alat Kemaluan

13-6-2022 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1241| Komen: 2

Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan wayar sepanjang 18 sentimeter (cm) dari alat kemaluan seorang warga emas yang memasukkan objek itu dengan sendiri bagi membolehkannya membuang air kecil.


Memetik laporan Daily Mail, lelaki berusia 64 tahun dari Pakistan, memasukkan wayar berkenaan ke dalam uretranya, namun ia tersangkut.


Kredit foto: Daily Mail

Menurut doktor di Hospital Abbasi Shaheed di Karachi, lelaki itu berbuat demikian kerana tidak dapat buang air kecil.

“Warga emas itu mengalami kesakitan dan kesukaran untuk kencing selama dua bulan sebelum bertindak memasukkan wayar tersebut,” katanya.


Berdasarkan jurnal Urology Case Reports, kumpulan doktor itu menyatakan mereka dapat merasakan wayar di dalam alat kemaluan lelaki tersebut ketika melakukan prosedur rawatan untuk mengeluarkannya.

Hasil keputusan ujian X-ray menunjukkan wayar itu sudah memasuki sehingga ke bahagian uretra lelaki itu untuk mencapai pundi kencingnya.

Kumpulan doktor itu pada asalnya bercadang memasukkan kamera ke dalam uretra lelaki itu untuk memeriksa wayar tersebut.


Kredit foto: Daily Mail

Bagaimanapun, mereka dapat melihat wayar itu apabila memeriksa meatus lelaki itu.

Doktor kemudian menarik keluar objek itu dengan menggunakan forsep.

Tambah doktor, pesakit tidak mengalami komplikasi seperti pendarahan atau kecederaan selepas wayar itu dikeluarkan.   


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BartholomewKuma 13-6-2022 10:15 AM
Tuuu dia punggah baq hang. Kencin tak lawaih la ni
Quote prince_marhaen 13-6-2022 11:00 AM
ntah2 atok fetish sounding.... erkk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.123131 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top