CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadzmi Adhwa Puji Ardell Aryana- Habis Berpuluh Ribu Ringgit Bantu Orang Susah, Raya Tanpa Suami Pun Tak Kisah

13-6-2022 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3426| Komen: 25

Tiada perasaan ragu-ragu memberi bantuan, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya iaitu aktres Ardell Aryana pernah berhabis RM10,000 daripada wang simpanannya untuk bantu keluarga mangsa banjir.


Aktif dalam misi bantuan di Malaysia dan luar negara, Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi berkata dia juga banyak belajar tentang keikhlasan daripada isterinya.

Foto: IG

"Isteri saya ini, kalau nampak orang susah dia mesti akan terus bantu. Dia pernah habiskan RM10,000 untuk bantu keluarga miskin... dia memang tak berkira soal duit.

"Macam saya, akan fikir terlalu banyak duit itu, tapi berbeza dengan dia. Isteri saya punya ikhlas boleh beri banyak itu, kalau saya ikhlas hanya RM500 saja.


"Tapi kami percaya pada rezeki, sebagai contoh, kami pernah habiskan RM30,000 untuk bantu mangsa banjir. Sehari selepas itu, kami dapat semula jumlah duit itu," katanya kepada mStar.



Nadzmi menjelaskan RM10,000 itu terbahagi kepada RM5,000 pakaian serta barang keperluan dan sebahagiannya lagi untuk pembelanjaan mereka sekeluarga.

Pelakon berusia 29 tahun itu ditemui ketika sidang media Misi Kemanusian Afrika di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Seramai tujuh orang ikon popular termasuk Nadzmi bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM).



Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan kedua IM ke Afrika selepas lima tahun.

Selain Nadzmi, enam ikon yang akan turut serta terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang sosial media iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan jAiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.

Bakal meninggalkan keluarga selama dua minggu, Nadzmi berkata anaknya iaitu Arwa Malaika akan dijaga oleh Ardell.



"Setiap hari anak dengan saya dan isteri. Kami pun ada bisnes sendiri, jadi memang selalu anak dengan kami cuma kadang-kadang kalau ada kerja luar saja.

"Insya-Allah saya pun akan ke Afrika untuk misi bantuan di sana pada Raya Aidiladha nanti selama dua minggu. Sepanjang saya di sana, isteri la yang akan jaga anak kami.



"Sebelum ini, isteri banyak sertai misi bantuan, jadi kali ini giliran saya pula. Isteri pun tak kisah akan sambut raya tanpa saya," ujarnya.

Untuk rekod, Nadzmi mendirikan rumah tangga dengan Ardell pada 1 September 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 5 Jun 2020. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 13-6-2022 10:02 AM
banyak nya duit dorang. baiknya hati membantu tapi jangan show off sgt kang riak. kira mcm tangan kanan memberi, kiri x tahu. ahhhgituuu
Quote KucingBiru 13-6-2022 10:04 AM
Laki buji bini. Bini puji laki. Modal influencers hari ni.
Mereputz la korang.
Quote missHaidiD 13-6-2022 10:11 AM
Kalau bini ko nk sorok2 bntu org yg ko gi canang kenapa hanetttt. Kan tu dia dgn Allah

Laki kuat mencapub!
Quote slyfynx 13-6-2022 10:23 AM
So, orang ramai kene puji puja jgk ke cemane nih?
Quote opie5662 13-6-2022 11:00 AM
Nak bantu org, tak payah smpi tinggal Suami. Byk lagi pahala jihad ngan suami dr tinggalkan anak n suami g tolong org kat syria tu. Nk tolong org sana pon, boleh je tanpa tinggal anak laki. Tp ye la... Nnt takde content plak kan.
Quote SherryZass 13-6-2022 11:05 AM
Apa kalau tak dihebohkan sedekah tu, pahala tak tercatat ke?
Quote tipah89 13-6-2022 11:16 AM
couple gigil2 ni xpernah tak cringe
Quote purplelilac 13-6-2022 12:10 PM
opie5662 replied at 13-6-2022 11:00 AM
Nak bantu org, tak payah smpi tinggal Suami. Byk lagi pahala jihad ngan suami dr tinggalkan anak n s ...

Kan sis! Laki dan keluarga perlu didahulukan. Tapi maybe laki ikhlos mengizinkn bini dia pergi membantu org yg memerlukan, kita nak cakap apa selain meluat dlm hati hehe
Quote princessmiang 13-6-2022 01:10 PM
Kang betol2 raya tanpa suami baru ko tau
Quote airmineral 13-6-2022 02:13 PM
dia da sihat sepenuhnya ke?
Quote sonatalady 13-6-2022 02:21 PM
korang jadi artis ntah zamam bila.berlakon pn ala kadar aje.sampai skg citer koramg mcm artis yg popular sgt.
org berniaga..popular ...artis lah sgt.janji org kenal..dpt jual barang.
Quote bankerpencen 13-6-2022 02:47 PM
Masuk bakul, angkat sendiri…
Quote Prickford 13-6-2022 02:48 PM
Tengah mencuba menjadi yang TERPALING ke??
Quote miemiecha 13-6-2022 02:53 PM
LORHHH
gigih lah p cite sedekah binik.. ko ape funtion? pas nikah jd bibik jga anak je ke guaner?
Quote auntyonion 13-6-2022 02:56 PM
Menguap skala infinity
Quote TerataiMelur02 13-6-2022 03:05 PM
Apa fungsi c farah lee terselit d celah2 nama lelaki tu? Tak segan ke?
Quote mizruncing 13-6-2022 03:07 PM
hurmmm tak ckup dgn drama, content bagai kau meriak plak dahhhhh
Quote mamajawie 13-6-2022 03:10 PM
terang sangat filter sampai kaler perang warna rambut si jembut tu..
Quote diss69 13-6-2022 03:13 PM
Kalau dulu² respek jugak laa kat org,ngo @artis g misi kemanusiaan..tinggalkan keluarga utk membantu org...tp skrng ni..ermmmm.....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.088131 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top