Walaupun ibu bapa kandung sudah berpisah dan kemudian mencipta bahagia dengan pasangan baharu, anak-anak pastinya akan tetap mendoakan kegembiraan buat kedua orang tua meskipun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Begitu jugalah dengan anak kepada bekas pasangan Nourul Wahab dan Ajai, Ayu Nazirah yang memberikan ucapan sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 ibunya dengan Eric Depp.
Sumber IG
Menerusi Instagram, Ayu menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat kedua ibu bapanya serta berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang mengajar dan membesarkannya dengan baik sekaligus menjadikannya insan yang berjaya seperti sekarang.
"Saya berdoa agar kehidupan cinta saya akan diberkati, indah dan tak bersyarat seperti yang anda berdua miliki.
"Terima kasih papa kerana menjaga dan menyayangi mama," coretnya.
Terdahulu, penyanyi Nourul dan Ajai pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996. Dikurniakan seorang cahaya mata, Ayu Nazirah, pasangan itu bercerai pada 2007.
Pelantun lagu Kerana Terluka itu kemudian berkahwin dengan usawahan Perancis, Eric Daniel Depp pada Jun 2012. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella, 3. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My