CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadi Duta Pelbagai Produk, Datuk Fazley 'Cable' Kuat?

13-6-2022 09:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1604| Komen: 9|Original author: Tatod


Dari bidang nyanyian terjun ke dunia kulinari, rezeki cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dalam industri makanan dan minuman kelihatan lebih menyerlah apabila beberapa jenama makanan serta restoran menjadikannya sebagai duta produk.

Bagaimanapun, kekerapan netizen melihat wajah penyanyi lagu Asmara Ini itu yang sering dilihat terpampang di premis tertentu menyebabkan ada yang menuduh Fazley mendapat 'job' tersebut kerana menggunakan khidmat orang dalam.


Fazley sekali lagi berkongsi gambar tangkap layar ciapan individu tersebut di akaun Instagram miliknya menjelaskan bahawa doa ibu dan isteri tercinta adalah 'kabel' kuat yang menjadi tiang pada kejayaannya.

"Memang kabel saya kuat! Kabel doa ibu dan isteri sehari lima kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak, sambil tengok netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan.

"Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?" tulisnya di Instagram.


Perkongsian itu turut menerima pandangan daripada pengikutnya. Dia juga menerima komen daripada penyanyi Anuar Zain dan Imran Ajmain yang turut mendoakan rezeki Fazley terus melimpah ruah.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa rezeki seseorang itu tidak sepatutnya dipertikaikan. Mana-mana individu yang mengikuti jatuh bangun Fazley tahu bahawa kejayaan itu adalah hasil kerja kerasnya selama ini. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 13-6-2022 10:23 AM
Eh, ape gosipnye?
Die puji diri sendiri pun kene bukak thread ke?
Quote margo20 13-6-2022 10:43 AM
lanc la lu
Quote nanasno 13-6-2022 10:45 AM
tempias aura mak martua kot.
Quote prince_marhaen 13-6-2022 11:02 AM
butttttttt......000OOOoooo
Quote taji2906 13-6-2022 11:19 AM
apsal aku baca tulisan dia tu dlm kepala terngiang2 suara dia.. adoiii.. nyahhh ko dari sini
pastu terbayang masa dia jadi juri masak yg konon2 nak marah2 tu.. eiiii aku kang
Quote Normabaru 13-6-2022 02:36 PM
Ape tok misai gatey ni sampai dlm porum pun gambar dia menempellllll
Quote Prickford 13-6-2022 02:52 PM
Sikit2 nak screenshot komen netizen lepas tu karang ayat terpaling heolls. Kau buat lah apa je tok misai. Tehtap lah orang bencik!
Quote mojarean_X 14-6-2022 07:06 AM
Normabaru replied at 13-6-2022 02:36 PM
Ape tok misai gatey ni sampai dlm porum pun gambar dia menempellllll

Haha...ala2 sweet revenge by dia agaknya. Dia akan terus menghantui dan memerhati acik2 porem yg mengata dia
Quote Burong_Hantuk 14-6-2022 08:02 AM
dia nih perasan....jijikkk aku

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.031380 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top