Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan dua perkara kepada penganjur Festival Bon Odori iaitu memastikan isi sambutan festival itu tidak bersifat agama dan tidak dimasukkan unsur khurafat.
Jelas beliau, pada masa sama, penganjur juga tidak boleh memasukkan ritual yang mewakili kepercayaan tertentu. “Jika boleh, diberikan nama baru atau nama tambahan di samping nama Bon Odori bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat.
“Ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun, atau masyarakat Jepun. Dengan itu, festival dapat diteruskan dan polemik dapat dikurangkan,” katanya di hantaran Facebook hari ini. Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad hadir ke Festival Bon Odori yang akan diraikan pada 16 Julai ini. Syor baginda itu supaya menteri berkenaan dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya kerana festival berkenaan adalah perayaan kebudayaan yang sudah diraikan di Malaysia sejak berpuluh tahun lalu.
|
Orenn1 replied at 10-6-2022 09:23 AM
Macam2, ini majlis org yg nak suruh tukar nama utk sesuaikan dgn fobia sendiri. Yg dulu kat negara k ...
dodolgemok replied at 11-6-2022 09:34 AM
Kalau tukar nama eidulfitri kpd nama lain kau org melalak tak?? Dasar taliban!
ayukpingu replied at 11-6-2022 08:16 AM
serabut nya malaysia pasal isu ni.
bagus banned terus. abis crita.
kalau reason dia sebab nak celeb ...
dodolgemok replied at 11-6-2022 09:41 AM
Kau lgi serabut dek, dah tentu la organizer nya org Jepun jua atau related to Jepun. Mcm org Malay ...
ADVERTISEMENT