CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Guna Pistol Atuk Rompak Stesen Minyak

10-6-2022 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1481| Komen: 4

Kamera pengawasan merakam seorang budak lelaki berusia 12 tahun merompak sebuah stesen minyak di Amerika Syarikat dan melepaskan tembakan menggunakan pistol milik datuknya, lapor laman berita Wion News semalam.


Polis menyatakan, budak lelaki itu dianggap membahayakan keselamatan awam dan ditangkap, seterusnya ditahan di Pusat Juvana Daerah Allegan.


YouTube Law&Crime Network

Dia masuk ke dalam sebuah stesen minyak di bandar Hartford, Michigan kelmarin dan beratur bersama pelanggan lain sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dari beg hitam yang dibawanya lalu diacukan ke arah juruwang.

Kamera pengawasan stesen minyak tersebut merakam kejadian rompakan bersenjata itu. Menerusi rakaman video berkenaan, juruwang didengari berkata: “Kamu serius?”, ketika melihat pistol diacukan ke arahnya.

Beberapa saat kemudian, budak lelaki itu terus melepaskan tembakan ke arah siling dan juruwang dilihat menyerahkan beg berisi wang kepadanya.

Polis Hartford tiba dalam masa 90 saat setelah panggilan kecemasan dibuat sejurus selepas budak lelaki itu meninggalkan lokasi kejadian.

Mereka kemudian menemui suspek tidak jauh dari stesen minyak berkenaan di belakang sebuah bangunan, kata Ketua Polis Hartford, Tressa Beltran.



Polis mendapati budak lelaki itu mencuri pistol daripada peti besi milik datuknya yang mendakwa bahawa dia tidak sedar bahawa cucunya boleh mengakses peti tersebut.

Budak lelaki bawah umur itu kemudian didakwa dengan enam pertuduhan jenayah termasuk rompakan bersenjata, melepaskan tembakan dan menyerang menggunakan senjata berbahaya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 11-6-2022 03:43 AM
Edited by Goodluckdontcry at 11-6-2022 03:44 AM

Smooth criminal tersenyum sinis.
[youtube]CDl9ZMfj6aE[/youtube]
Quote whimsicalmusic 11-6-2022 05:17 PM
Seram rasa bila die tembak tu
Quote RinIna 13-6-2022 09:31 AM
Dh kenapa kau ni budak umur cmni nak merompak lak.. terdesak hidup ke nak test jadi jahat..
Quote syamzana 13-6-2022 09:39 AM
bdk ni semekin ke tp datuk ada peti besi bagai, org susah ke camni? ke bdk ni suka2 merompak?
aihh laa susah nak fahami generasi skrg ni.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.215237 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top