CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bantah Kahwin Terburu-buru, Anak-anak Azri Iskandar Suruh Hormat Tempoh Edah Ibu

10-6-2022 09:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12339| Komen: 81

Kontroversi Azri Iskandar ingin berkahwin lagi selepas 25 hari bercerai dengan Ellie Suriaty, menyebabkan anak mereka, Azrell Omar Iskandar, tampil membuka mulut.


Dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Azrell memberitahu dia dan adik-beradiknya yang lain tidak begitu bersetuju dengan hasrat bapa mereka untuk berkahwin lain memandangkan perceraian dengan Ellie, masih terlalu baru.

“Secara dasarnya, kami adik-beradik tak setuju sangat. Iyalah, baru saja bercerai dengan mak yang masih dalam tempoh edah. Jadi bagi kami, faktanya ialah, dia macam tak hormat tempoh edah mak.


Utusan

“Lagipun, saya, kakak-kakak dan abang, fikir sebenarnya ayah patut ambil masa selepas bercerai itu untuk fokus kerjaya dulu. Bukan terburu-buru untuk kahwin.

“Paling tidak pun, hormatilah tempoh ini,” katanya.

Selain itu, ditanya sama ada dia dan adik-beradik lain ada bercakap secara terus dengan ayah mereka berhubung perkara ini, Azrell menganggap perkara itu dibimbangi membawa salah faham.

“Kami dah cuba untuk cakap dengan dia, tapi macam takut dia salah faham.Takut dia terasa sebab boleh dikatakan sekarang ini, apa yang dia buat ini macam tanpa sedar.

“Contoh, pasal perempuan bernama F itu pun, saya pun tak tahu ayah saya main Facebook kenal dengan siapa. Tahu-tahu muncul cerita pasal F, itulah, inilah.

“Tapi kalau ya dia betul nak kahwin lain, tetap nak ikut cara dia, kami reda sajalah. Dah tak tahu nak cakap apa. Terus-terang, kalaulah dia boleh sekurang-kurangnya hormati tempoh edah ini, saya okey,”katanya.

Selain itu, kata Azrell, dia menaruh harapan besar seandainya benar wanita bernama Azra itu ingin diperisterikan oleh ayahnya, biarlah dia dapat menjaga bapa mereka itu dengan baik.

“Kalau betul impian dia nak berkahwin dengan perempuan itu, saya harap perempuan itu dapat menjaga dia. Jangan pandang sebab harta atau apa sebab kami selama ini pun, bukannya orang senang,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan ibunya dari kaca mata sebagai seorang anak, Azrell menganggap ibunya itu seorang wanita yang kuat.

“Dia nak fokus pada benda-benda yang positif dan kerjayanya. Kalau dia nak pegang perasaan atau apa sahaja yang dia fikir tentang hal ini, saya rasa ia pun tak akan jadi bagus untuk dia.

“Sekarang ini pun dia tengah siapkan skrip untuk job barunya. Saya memang nasihatkan dia untuk fokus kerja dan kami semua, adik-beradik akan sentiasa bagi semangat dan sokong dia,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 10-6-2022 09:50 PM
Entah lah acik, anak anak yang remaja pun boleh beri statement yang bagus dan matang, reti berfikir,  acik yang umur 54 tahun ambil tindakan sperti nudak tingkatan 3 putus bercinta gittew
Quote 3chanceno 10-6-2022 09:54 PM
Makin terlondeh dari orang yg terdekat dgn komodo nie

Jahkobis n bini pasti ngah pikir camna nak up story , pasal cerita komodo duda nie banyak benang dlm sehari
Quote lattehazelnut 10-6-2022 10:02 PM
3chanceno replied at 10-6-2022 09:54 PM
Makin terlondeh dari orang yg terdekat dgn komodo nie

Jahkobis n bini pasti ngah pikir camna ...

Klau si komodo ni jd kawin soon, mungkin keluar muka billy
Quote jihyomelly 10-6-2022 10:05 PM
matang sungguh anak2 acik eli..one by one terlondeh perangai huduh komodo nih..
Quote 3chanceno 10-6-2022 10:06 PM
lattehazelnut replied at 10-6-2022 10:02 PM
Klau si komodo ni jd kawin soon, mungkin keluar muka billy

Hahaha...last straw or card to play eh?

Entah2 jahkobis dapat keta pulak dari sang bini lepas balik solat isyak
Quote ninanoni 10-6-2022 10:11 PM
Omg..mmg tak pernah jumpe..anak dia pun bitau..saspeku catfish ni
Quote SherryZass 10-6-2022 10:11 PM
Matang betul kenyataan anak heshe ni ya. Bagus dek. Sekolahkan sikit bapak yg tengah angau bercinta, direbutkan perempuan sana sini tu Siap anak dia tu cakap diorang pun golongan B40 jah, bukan senang mana.
Quote hanihan16 10-6-2022 10:17 PM
dia mention kakak2 & abang pun tak berapa setuju. meaning relationship dia dgn anak2 azri from previous marriage baik la kan.
Quote buapakperut 10-6-2022 10:18 PM
Sabar jelah dek. Anak2 heol mungkin tak mewarisi good looks dari apaknye, tapi mewarisi kematangan n kekuatan ibunya. Dan tak over huhu. Sape je tak over kalau dpt laki cmni, muka hensem pun lama2 muak
Quote lattehazelnut 10-6-2022 10:21 PM
ninanoni replied at 10-6-2022 10:11 PM
Omg..mmg tak pernah jumpe..anak dia pun bitau..saspeku catfish ni

Ada rasa mcm tu jugak..
Tapi mcm kat fb dia ada ex bf ek, dgn post tag dia oleh krew drama..
Tp ape je drama, novel or lagu yg dia buat..
Gambar smpai skrg xkuar..
Quote ninanoni 10-6-2022 10:46 PM
lattehazelnut replied at 10-6-2022 10:21 PM
Ada rasa mcm tu jugak..
Tapi mcm kat fb dia ada ex bf ek, dgn post tag dia oleh krew drama..
Tp ap ...

Ya..sbb sebelum ni pun ramai je mangsa catfish mengaku dh jumpa padahai tak jumpa pun..just bercakap di phone je..mangsa mcm dimanipulate oleh catfish tu.
FB dia pun mencurigakan..gambar tak banyak..pastu kalau google nama dia tak timbui pun apa2 tentang hal2 lama dia.
Quote newyork 10-6-2022 11:19 PM
Anak2 yg matang, soh apak cari kerja dulu dr kalut nak kawin .. hahah
Quote Mary_jane 10-6-2022 11:27 PM
Pandai lagi anak nya fikir dari apak nya yang dah tak sabar betul dah nak kawen. Apa yang dikejarkan sangat tu?
Quote Farhaz 10-6-2022 11:34 PM
3chanceno: Makin terlondeh dari orang yg  ...



Dah upgrade ke komodo pulak dah ke?
Quote imransulaiman 11-6-2022 12:44 AM
Entah-entah nak kawin cepat supaya ada yang tanggung kehidupan dia...ada rumah tempat tinggal, ada driver ke sana ke sini...maklumlah lesen memandu belum renew..
Quote TerataiMelur02 11-6-2022 12:48 AM
3chanceno replied at 10-6-2022 09:54 PM
Makin terlondeh dari orang yg terdekat dgn komodo nie

Jahkobis n bini pasti ngah pikir camna ...

Jah mesti dah merengek tengok  acik elly mendonia d porom
Quote pujanggacinta 11-6-2022 02:57 AM
budak2 pun tahu tempoh ‘edah’
kahwin lama jgk
umor pun kertu
takkan takde rasa hormat ex pasangan
Quote 3chanceno 11-6-2022 07:34 AM
Mary_jane replied at 10-6-2022 11:27 PM
Pandai lagi anak nya fikir dari apak nya yang dah tak sabar betul dah nak kawen. Apa yang dikejarkan ...

Tempat berteduh yag tegap untk support kelangsungan hidup dia

Mungkin acik ellie keluar rumah, pasal tahu bewak nie tak kan keluar dari rumah tu pasal tak dak $.
Quote 3chanceno 11-6-2022 07:36 AM
TerataiMelur02 replied at 11-6-2022 12:48 AM
Jah mesti dah merengek tengok  acik elly mendonia d porom

Tu lah mesti terpikir, acik kepam boleh banyak benang dalam sehari & cerita panazzz dari dia n bini

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052023 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top