CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pejabat Peguam Negara Mohon Tarik Diri Wakili Guru Kes Jenaka Rogol

10-6-2022 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2293| Komen: 7

Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk menarik diri di Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat daripada mewakili guru yang disaman oleh pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam berhubung isu ‘jenaka rogol’.


Menerusi afidavit sokongan, dinyatakan bahawa permohonan itu dibuat kerana guru berkenaan, Khairul Nizam Sanuddin sudah diwakili peguam lain.

Hal ini katanya, menyebabkan berlaku pertindihan dalam perwakilan terhadap defendan pertama.


Ain (tengah)
Foto: The Borneo Post

Permohonan menarik diri daripada mewakili Khairul Nizam, 44, turut disertakan afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Peguam Persekutuan, Muhairi Mohamed Noh.


Pada 26 November 2021, Khairul Nizam memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema & Yung dengan menamakan Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam, 43, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan difailkan, Khairul Nizam yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sebuah sekolah menengah pada 24 April 2021 menyentuh subtopik 'Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual'.

Subtopik itu terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Khairul Nizam yang mengajar lebih 20 tahun di sekolah berkenaan menyatakan, sepanjang proses pembelajaran itu, semua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada buku teks PJK Tingkatan Lima.

Bagaimanapun, guru berkenaan menafikan membuat lawak lucah atau berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJK itu serta tiada galakan kepada perlakuan rogol.

Malah katanya, ia adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman serta pengajaran.

Sebelum ini, media melaporkan guru tersebut yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, tidak diambil tindakan lanjut oleh polis selepas selesai menjalankan siasatan.

Ain Husniza dan bapanya yang disaman guru terbabit dalam isu gurauan keterlaluan berkaitan perbuatan merogol, akan memfailkan tuntutan balas dengan diwakili oleh peguam, Datuk Sankara Nair.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 10-6-2022 09:58 PM
Whatever it is memang cekgu ko tu stended pokcik kat kedai kopi je..  Sunggoh memalukan la kalo gomen nak defend dia pulak.
Quote kakikuDibibirmu 10-6-2022 10:04 PM
Komik Jenaka Q tersenyum sinis
Quote dani-rox 10-6-2022 10:04 PM
ohh nama cikgu tu Khairul Nizam.  
Quote elzy 13-6-2022 02:21 PM
Sorry to say, kadang-kadang memang keluar dari topic sampai tak sedar softporn.
Quote she 13-6-2022 03:10 PM
Dia berborak topik best
Sampai lupa dengan siapa dia tengah borak
Seronok gamaknya explain kat pelajar lelaki
Cikgu galak
Quote Artemesiaa 13-6-2022 03:12 PM
Elok ler tu
Quote epal_putih 13-6-2022 04:57 PM
Benda2 rogol ni mane leh buat bergurau
Huhu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.103975 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top