Semakin panas drama kehidupan Azri Iskandar selepas muncul wanita bernama ‘F’ mendakwa hatinya dipermainkan pelakon itu.
Bekas suami Ellie Suriaty itu bagaimanapun menepis dakwaan F dengan menegaskan bahawa dia tidak pernah bercinta selepas bercerai. "Itu fitnah. Saya tidak cintakan orang lain pun. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan. "Then wanita pertama lepas bercerai adalah Azra la. Dia la saya punya kekasih dan saya ingin memperisterikan dia secara sah.
"Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Jahatnya Azri Iskandar," ujarnya kepada mStar. Jelasnya, dia hanya membawa F pulang ke kampung sekadar untuk menemaninya menziarahi kubur ibu disebabkan lesen dan cukai jalan sudah tamat tempoh. "Saya minta tolong dia hantar ke kubur mak saya atas sebab lesen memandu dan cukai jalan kereta dah mati. Bukan sebab nak kenalkan dia dengan keluarga. "Tanya lah makcik-makcik saya sendiri, ada ke saya kenalkan F dengan mereka sebagai bakal isteri?" ujarnya. Azri juga tidak teragak-agak menyaman semua pihak yang menjatuhkan maruahnya. "Kalau you tulis Ara itu perampas lagi, sehinggakan apabila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate kerana malu dengan saya... saya akan saman satu-satu," jelasnya tegas. Memang F yang perasan atau Azri berdolak-dalih menyelamatkan diri? - CARI
|
missHaidiD replied at 10-6-2022 09:59 PM
Moga azra my everything tak bodo
missHaidiD replied at 10-6-2022 09:59 PM
Moga azra my everything tak bodo
makadek replied at 10-6-2022 10:14 PM
Sesak nya ko pakcik sampey lesen pn tak mampo padan la elly mintak cerey
Harapkan onek je la mencan ...
ADVERTISEMENT