Satu perkongsian menarik milik pereka fesyen terkenal tanah air, Jimmy Couture mencuri perhatian warganet. Menerusi hantaran tersebut, Jimmy memuatn aik tangkap layar perbualannya bersama beberapa individu.
Melihat komen di dalam muat naik tersebut, ada warganet yang mengatakan rindu ingin melihat gaun rekaan Jimmy di pentas dunia ratu cantik. Mendapat komen sebegitu, Jimmy memberi jawapan balas dengan mendedahkan bahawa ada yang datang melamar untuk kembali mereka busana buat peserta pertandingan berprestij tersebut.
Perbualan yang pada awalnya harmoni bertukar dengan kemunculan komen yang kurang senang di mana individu berkenaan berharap pereka fesyen tersebut tidak menyertai dunia peragaan ratu cantik itu semula. Komen tersebut terus menarik perhatian Jimmy, dan pereka fesyen tersebut segera memberi komen bagi menjawab tuduhan yang dikatakan individu tersebut. Selain berkongsi tangkap layar komen perbualan, Jimmy juga menulis penjelasan panjang dan panas terhadap komen negatif yang diterimanya itu. Pereka fesyen berbakat ini berpesan agar individu tersebut berfikir kembali apa punca sebenar daripada menuduhnya begitu. Terdahulu Murai MY ada melaporkan susulan isu busana untuk Miss Grand Malaysia 2021 ditolak pada saat akhir pada tahun lalu, Jimmy membuat keputusan untuk tidak lagi menaja pakaian bagi peserta ratu cantik dan sekaligus meninggalkan dunia pageant. Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT